Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

PBB Akan Dapat Lima...

KUCHING - Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem berkata Parti Pesaka Bumiputera...

Isa Samad Dakwa Terima...

PORT DICKSON – Calon Bebas, Tan Sri Mohd Isa Samad mendakwa beliau menerima...

Trending Media Sosial Tak...

DRAMA Nur kini semakin digemari oleh peminat drama Melayu ketika ini tetapi kecenderungan...

Penduduk Kampung Gempar Temui...

Penduduk sebuah kampung di Klaten, daerah Jawa Tengah ini gempar apabila menemui 18...

Gadis India Dimaki B@Bi Sebab Makan Dalam Kereta

SELAIN menahan diri daripada makan dan minum dari terbit fajar sehingga terbenamnya matahari, penganut Islam dituntut lebih bersabar dalam bulan Ramadan yang penuh barakah ini.

Sudah tentu, Allah Taala tak suruh kita berpuasa untuk menjadikannya alasan memaki hamun orang lain meskipun yang berlainan agama.

Apatah lagi, negara ini sememangnya dihuni masyarakat berbilang kaum dan kepercayaan.

Gara-gara tidak faham konsep sebenar ibadah puasa inilah, seorang individu Islam melakukan perbuatan yang pasti meninggalkan kesan mendalam buat seorang wanita India.

Mana tidaknya, dia telah dimaki dan dimarahi hanya gara-gara makan dalam kereta ketika dalam perjalanan menuju ke pejabatnya, baru-baru ini.

Disebabkan tersangkut dalam kesesakan jalan raya, wanita berkenaan terpaksa bersarapan setin air milo dan biskut cip coklat sahaja dalam kereta.

Namun seorang penunggang motosikal didakwa tiba-tiba datang mengetuk cermin keretanya sambil menjerit, “Orang puasa la b*bi!”

Tak cukup dengan makian itu, lelaki berkenaan dilaporkan turut berkata, “Tak faham bahasa ke pekak, India keli*g balik India la!”


Insiden ini diceritakan Neshaal Thanasekaran menerusi akaun Facebook miliknya.

4

Jika difikirkan, kita berasa marah apabila penganut agama lain tidak menghormati Islam namun perangai sendiri kadangkala memberi gambaran buruk buat mereka. Takkanlah setipis itu iman kita, orang makan biskut dalam kereta pun boleh rasa tercabar amalan puasa?

Tak mustahil, hanya lapar dan dahaga je lelaki mencarut itu dapat sebab pahala puasa dia mungkin dah sia-sia dek kerana makiannya terhadap wanita India terbabit. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori