Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Jenazah Ibu MB Selangor...

KUALA LUMPUR - Jenazah Che Tom Yahaya, 82, ibu kepada Menteri Besar Selangor,...

Najib Lulus RM3.2 Juta...

LANGKAWI – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meluluskan peruntukan...

Anis Seronok Dipanggil ‘Mummy’...

PELAKON dan penyanyi Anis Al-Idrus sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai ibu kepada...

Cuaca, Sikap Masyarakat Antara...

KUALA LUMPUR - Cuaca panas dan hujan sepanjang tahun yang memudahkan tempat pembiakan...

Gagal Adakan Buka Puasa Di Gereja

JAKARTA – Majlis buka puasa dihadiri bekas wanita pertama Indonesia, Sinta Nuriyah Abdurrahman Wahid yang sepatutnya diadakan di sebuah gereja di Samarang, Jawa Tengah kelmarin terpaksa dipindahkan selepas dibantah anggota Barisan Pembela Islam (FPI).

Sinta, balu bekas Presiden Abdurrahman Wahid atau Gus Dur, ialah pengasas pertubuhan Puan Amal Hayati dan sudah mengadakan acara berbuka puasa yang disertai wakil pelbagai agama sejak 16 tahun lalu.

Ini kali pertama majlis itu terpaksa dipindahkan ke tempat lain berikutan tunjuk perasaan besar-besaran menentang acara buka puasa itu yang diadakan di sebuah gereja.

Majlis berkenaan dirancang diadakan di Gereja Raja Ungaran, tetapi terpaksa dipindahkan ke gereja St Yakobus Zebedeus di Pudakpayung.

Bagaimanapun, FPI masih tidak berpuas hati menyebabkan penganjur akhirnya terpaksa mengadakannya di dewan pentadbiran Kampung Pudakpayung.


Majlis berkenaan berlangsung tanpa masalah dan dikawal oleh puluhan polis serta Banser, sayap pemuda pertubuhan Islam terbesar Indonesia, Nahdlatul Ulama. – Agensi/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori