Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Cuba Langgar Kenderaan Polis,...

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang lelaki yang enggan memberhentikan kenderaan untuk pemeriksaan polis...

Jangan Nak Sangat Jadi...

KUALA LUMPUR - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyelar pengendali laman...

Promosi STB Tarik Pelancong...

KUCHING - Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) meningkatkan promosi dalam semua segmen pelancongan untuk...

Senarai Hukuman Ke Atas...

SUSULAN tersebarnya video seorang ibu yang berang apabila anaknya menjadi mangsa hukuman fizikal...

Gajah Minta Simpati Manusia

Harare – Seekor gajah jantan yang cedera ditembak pemburu haram seolah-olah merayu bantuan manusia di Bumi Hils Safari Lodge di Zimbabwe.

Pengurus safari, Nick Milne berkata, gajah dinamakan Ben itu mengejutkan pengunjungnya apabila menghampiri mereka, tetapi dia melihat haiwan berkenaan cedera teruk, malah jalan tempang.

Disebabkan doktor haiwan di safari itu bercuti hujung minggu, Milne menghubungi pakar lain yang bersetuju terbang 321 kilometer ke lokasi terbabit untuk membantu gajah berkenaan dalam perjalanan yang mengambil masa enam jam.

pakar
PAKAR memeriksa kecederaan pada tubuh Ben.

Sepanjang tempoh itu, Ben dikatakan menunggu dengan sabar, malah turut minum dan makan.


Dia kemudian diberi ubat pelali dan hasil pemeriksaan menemui kesan cedera teruk pada bahunya, dipercayai akibat ditembak.

Ben kini beransur pulih selepas dirawat dan dipasang alat pengesan untuk membolehkan pakar memantau pergerakan dan kesihatannya. – Agensi/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori