Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

11 Pelajar Malaysia Dibawa...

NEW DELHI - Sejumlah 11 pelajar antara 54 rakyat Malaysia terkandas di dalam...

Kedah Tidak Gentar Amaran...

YAN - Kerajaan negeri Kedah tidak gentar dengan amaran Pulau Pinang yang berhasrat...

Insiden Ganas: 296 Pelajar...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengesahkan tiada pelajar Malaysia terlibat dalam...

Arab Saudi Larang Solat...

RIYADH - Pihak berkuasa Arab Saudi melarang jemaah berhimpun atau solat di kawasan...

Gambar Kereta Honda Ikut Laluan Motosikal Jadi Viral

BEBERAPA keping gambar memaparkan sebuah kereta Honda Stream menggunakan laluan motosikal sepanjang lebih 20km di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, George Town, Pulau Pinang kini tersebar di laman sosial.

Kereta berwarna putih itu dilaporkan dalam perjalanan dari Batu Maung di bahagian pulau ke Batu Kawan di tanah besar, pada Sabtu.

Insiden itu mengundang kecaman ramai yang menyifatkan pemandu tersebut ‘tidak berotak’. Ini kerana jelas terdapat papan tanda di jambatan itu yang melarang kereta memasuki laluan motosikal.

Pengurus Komunikasi Korporat Jambatan Kedua Sdn. Bhd., Azizi Azizan berkata, pemandu terbabit melalui jalan itu kira-kira jam 7.20 malam.

“Pemandu itu melintasi jambatan sebelum keluar di persimpangan sebelum Plaza Tol Bandar Cassia.

“Laluan khas untuk motosikal itu luas dan boleh memuatkan kereta kerana ia juga berfungsi sebagai lorong kecemasan,” katanya.

Tambah Azizi ini adalah kejadian kedua dalam tempoh kurang setahun, di mana insiden pertama berlaku akhir tahun lalu.


“Dalam kejadian pertama pemandu kereta tmemasuki lorong motosikal dan meneruskan perjalanan sehingga hampir satu kilometer sebelum mengalihkan pemanduan ke laluan kanan,” katanya.

Susulan itu, Azizi akan merujuk kepada pihak pengurusan syarikat bagi membincangkan penyelesaian terbaik.

Ketua Polis Trafik Pulau Pinang, Deputi Superintendan Tan Boon Hooi dilaporkan memberi jaminan akan menyiasat kejadian itu. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori