DRAMA Game Of Thrones yang kini menjadi perhatian ramai telah menyelamatkan Josephine Gillan daripada menjadi pelacur.
Ironinya dia membawakan watak sebagai pelacur dalam drama berkenaan.
Gillan memegang watak sebagai Marei dan dalam drama berkenaan dia tetap berbogel, bezanya kali ini ia hanya lakonan.
“Game Of Thrones menyelamatkan saya daripada kehidupan sebagai pelacur dan drama ini juga menjadikan saya lebih kuat.
“Saya bekerja sebagai pelacur dan turut berlakon dalam filem lucah dengan menggunakan nama Sophie O’Brien sebelum ini,” katanya.
Josephine ketika kecil telah mengalami penganiayaan seks, alkohol dan turut mengambil dadah.
Dia juga terpaksa belajar di 24 sekolah kerana ibunya sering melarikan diri akibat didera oleh kekasihnya.
Jelasnya, dia mula terlibat dalam drama berkenaan apabila penerbit Game Of Thrones mencari wanita muda, jadi terus menghantar gambarnya.
“Mereka memberitahu mereka mahukan saya dan saya tidak tahu betapa drama ini telah banyak mengubah hidup saya,” katanya.
Game Of Thrones adalah berdasarkan buku tulisan George R.R Martin dan kini menjadi salah satu drama yang ditonton ramai.
Ia berjaya memenangi 26 anugerah Emmy dan berjaya menarik purata 8.6 juta penonton bagi setiap episod. – Mynewshub.cc