Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Samsung Galaxy Note 4...

Samsung Galaxy Note 4 yang dilancarkan ke pasaran Malaysia pada 15 Oktober lalu...

Pantau Kualiti Udara Gunakan...

KUALA LUMPUR ā€“ Tentu ramai masih ingat peristiwa jerebu melanda Malaysia dan negara-negara...

Gempa Bumi Sederhana Landa...

KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana berukuran 5.3 pada skala Richter melanda Selat...

Kecoh Pemilihan, PKR Tunggu...

KULIM - PKR menunggu siasatan polis selesai terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan diambil...

Gelandangan Dakwa Diangkut DBKL, Ditinggal Jauh Dari KL

KUALA LUMPUR – Sekumpulan gelandangan berkata mereka diangkut oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan ditinggalkan di beberapa lokasi di luar bandaraya itu.

Mereka mendakwa ditinggalkan di beberapa tempat seperti di Rawang dan Lebuhraya Karak pada 22 Mei lalu. Salah seorang daripada mereka, Malah mereka diangkut oleh DBKL pada lewat malam.

Katanya, dia bangun dari tidur dan disumbat masuk ke sebuah lori di mana kemudiannya ditinggalkan di Lebuh Raya Karak.

Mala berkata dia mengambil masa sepanjang malam untuk berjalan kembali ke Kuala Lumpur dalam keadaan gelap dan hanya tiba di bandaraya itu pada awal pagi.

Sementara itu, Eddy berkata, dia ditangkap dan dimasukkan ke dalam lori yang lain, yang dipenuhi gelandangan.

“Kira-kira 30 orang berada di dalam lori itu. Ia sangat sesak,” katanya. Empat daripada mereka, termasuk dirinya diturunkan di Rawang sebelum lori berkenaan meninggalkannya dan gelandangan yang lain.


Dia tidak tahu kemana lori itu pergi selepas dia ditinggalkan, dan mengapa mereka berbuat demikian.

“Mereka (DBKL) tidak memberitahu kita apa-apa, mereka hanya kumpulkan kita dan letakkan kita dalam lori terbabit,” katanya.

Eddy berkata dia dan tiga yang lain mengambil masa kira-kira empat jam untuk berjalan kembali ke bandaraya itu dari Rawang. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori