Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Strok Haba: 2 Peserta...

JOHOR BAHRU: Dua peserta kursus tempur pegawai muda di Kem Pusat Latihan Tempur...

Cabul, Seks Luar Tabii...

Melaka : Pengasas dan warden sebuah pusat tahfiz di Tanjung Minyak dan Alor...

Mayat Lelaki Ditemui Di...

KUALA LUMPUR - Mayat seorang lelaki ditemukan di kawasan Ladang Kelapa Sawit, Jalan...

Siasatan Kewujudan Kartel Ayam...

Kuala Lumpur : Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) kini di peringkat akhir melengkapkan siasatan...

Guna Nama Selain KLIA2 Adalah Satu Kesalahan

PUTRAJAYA – Penggunaan nama lain menggantikan jenama rasmi, KLIA2 adalah satu kesalahan kerana menyalahi undang-undang penerbangan, kata Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB), Datuk Badlisham Ghazali.

Beliau berkata kempen dijalankan syarikat tambang rendah AirAsia untuk menjenamakan KLIA2 sebagai LCCT2 menyalahi peraturan di bawah Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) dan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

“Kita tidak boleh sesuka hati menamakan terminal, ia telah didaftarkan dan kerajaan yang menamakannya sebagai KLIA2, bukan MAHB,” katanya kepada media selepas menemani 108 anak-anak asnaf di sekitar Sepang membeli-belah keperluan raya di pusat beli-belah Alamanda, di sini hari ini.

“Bagaimanapun, kita tidak boleh menghalang mereka untuk menyebutnya sebagai LCCT2, itu adalah kebebasan bersuara, tetapi tidak boleh meletakkannya di tiket dan papan kaunter mereka,” katanya.

Mengenai rungutan kerosakan yang terdapat pada landasan dan kebocoran di KLIA2, Badlisham mengakui masih menghadapi masalah itu sehingga ke hari ini.

“Tetapi jika dibandingkan pada masa-masa lalu, kerosakan itu semakin berkurangan dan kami masih melakukan kerja pemulihan secara berterusan,” katanya.


Mengenai pelan pembangunan KLIA2, katanya pembinaannya dibuat hasil daripada perbincangan bersama pihak berkepentingan termasuk AirAsia sama seperti pembinaan Terminal Penerbangan Tambah Rendah (LCCT) dahulu.

“Lapangan terbang Changi, Singapura dan Don Muaeng, Bangkok, Thailand juga mempunyai terminal tambang murah, tetapi mereka tidak panggil terminal tambang murah. Mereka gelar terminal 1, 2 dan 3,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • KLIA2

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori