Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Kapal Tangki Bawa Ron...

JOHOR BAHRU - Sebuah kapal tangki minyak dengan 6,000 tan metrik minyak petrol...

Justin Bieber Catat Rekod...

PENYANYI sensasi antarabangsa kelahiran Kanada, Justin Bieber baru-baru ini mencipta rekod tersendiri apabila...

Nasi Campur RM23 Sepinggan,...

TANAH MERAH - Harga sepinggan nasi berlauk ikan kembung goreng, sayur kacang panjang...

FAMA Perak Sasar RM400,000...

TELUK INTAN - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perak menyasarkan RM400,000 bagi penjualan...

Guru Pukul Budak Dengan Kabel, Gagal Jawab Soalan

MALANG menimpa seorang budak lelaki berusia 11 tahun, Xiao Yong, apabila dia dipukul dengan kejam oleh gurunya dengan kabel elektrik hanya disebabkan dia gagal menjawab soalan matematik yang diberikan.

Pukulan tersebut telah menyebabkan badan Xiao dipenuhi dengan lebam. Susulan kes itu, guru terbabit, Yue telah digantung daripada mengajar di sekolah di Xianglu, China.

Berdasarkan laporan media, Xiao telah diminta oleh gurunya itu untuk menjawab soalan matematik di papan hitam dan dia dipilih oleh gurunya kerana Xiao mendapat markah paling rendah dalam kelas iaitu 81 daripada 100 markah.

Namun Xiao gagal menjawab soalan berkenaan dan sebagai hukuman dia dipukul dengan kejam oleh Yue di dalam kelas, sambil disaksikan oleh murid-murid lain.

Sekembalinya ke rumah, Xiao tidak berani menceritakan perkara berkenaan kepada datuk dan neneknya. Mereka hanya mengetahui mengenainya selepas sepupu Xiao melihat parut dan kesan lebam itu selepas dia mengadu kesakitan.


Keluarganya yang melihat kecederaan itu sangat terkejut dan mereka membawanya ke hospital. Xiao telah masukkan ke wad selama tiga hari.

Gambar Xiao yang dipenuhi dengan kesan pukulan berkenaan telah dimuatnaik dalam media sosial sementara guru terbabit telah memohon maaf kepada keluarga Xiao. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori