Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Messi Dedah Sebab Tarik...

LIONEL Messi membuat keputusan mengejut apabila menarik diri dari skuad Barcelona untuk berhadapan...

Graduan Anak Sarawak Patut...

KUCHING – Seorang penyokong kerajaan mahu supaya graduan bidang agama kelahiran Sarawak diberi...

Yuna Sudah Bertunang Dengan...

SEBELUM ini, memang ada desas-desus mendakwa penyanyi terkenal Yunalis Zarai atau lebih dikenali...

44 Orang Cedera Bas...

GEORGETOWN - Sebuah bas yang membawa 43 pekerja kilang cedera selepas bas berkenaan...

Hamil Anak Sulung, Raja Farah Jadi Lebih Sensitif

PERTAMA kali hamil, pelakon dan pengacara Raja Farah akui dirinya kini lebih sensitif dan suka bermanja dengan suaminya.

Raja Farah dan suami Iskandar Ismail, 34, yang mendirikan rumah tangga pada September tahun lalu dijangka menimang cahaya mata sulung mereka pada Ogos depan.

Kehamilannya kini berusia 29 minggu.

Raja Farah

Hikmah daripada sifat suka bermanja, Raja Farah berkata ianya sedikit sebanyak mengeratkan lagi hubungannya dengan suami.

“Saya tidak nafikan sejak mengandung saya banyak bergantung harap kepada suami sehingga ada ketikanya dia tidak pergi bekerja kerana menemani saya.

“Sikap saya jadi sensitif dan manja tetapi memandangkan kami diberi rezeki awal untuk mendapat anak iaitu selepas baru dua bulan berkahwin, saya anggap perubahan ini sebagai pengikat kasih di antara kami,” katanya kepada sebuah portal.

Difahamkan Raja Farah dan suami sudah pun tahu akan jantina anak yang bakal lahir namun ingin memberi kejutan kepada ahli keluarga.


Raja Farah

Menyentuh tentang kelainan diri apabila hamil, Raja Farah berkongsi rasa peliknya kerana tidak pernah pula terasa mengidam sesuatu seperti kebiasaan wanita mengandung yang lain.

“Saya teringin juga rasanya hendak rasa perasaan mengidam itu,” ujarnya.

Tambah Raja Farah lagi, dia banyak bertanyakan soalan dan tip kepada ibu serta kakak iparnya berkaitan penjagaan bayi dan diri selepas bersalin nanti.

“Paling penting saya dan bayi dalam kandungan berada dalam keadaan sihat. Tidak sabar rasanya untuk menunggu kelahirannya,” ujar Raja Farah, teruja. -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori