Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pelajar Cemerlang Maut Jatuh...

SUNGAI PETANI - Hasrat seorang bapa untuk menghadiahkan rantai kepada anak sulungnya tidak...

Wanita Bertanyakan Syurga Sebelum...

Malang tidak berbau, seorang wanita maut selepas bas ekspres yang dinaikinya bersama 27 penumpang...

Malaysia Bakal Hab Produk...

KUALA LUMPUR - Kira-kira 150 orang terdiri daripada pengasas produk kecantikan yang menghadiri...

The Truth: Islam In...

KUALA LUMPUR - Kejayaan memberansangkan daripada musim pertama dokumentari The Truth: Islam In...

Tiada Batu Nisan, Kubur Nenek ‘Lesap’

Georgetown – Sebilangan besar waris si mati yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Perak, di sini, memohon bantuan kakitangan bertugas memasang semula batu nisan ke tempat asalnya selepas pengebumian jenazah baru bagi mengelakkan kesukaran mengenal pasti kedudukan kubur ahli keluarga terutama menjelang Syawal ini.

Ini kerana mereka mendapati ada sesetengah batu nisan dikeluarkan sementara kerana terletak terlalu hampir bagi memudahkan kerja mengorek liang lahad baru, namun ada yang tidak dipasang semula ke tempat asalnya.

Justeru, ada waris yang menziarahi tanah perkuburan itu melahirkan rasa hampa dan kecewa selepas gagal mengesan kubur ahli keluarga masing-masing kerana ketiadaan batu nisan.

Keadaan itu dipercayai berlaku apabila ada batu nisan yang rosak selepas terkena dahan reput atau pokok tumbang tidak ditanam semula di atas kubur terbabit, sebaliknya dicabut serta diletakkan di tepi tembok dan dilonggokkan.

Tinjauan di tanah perkuburan Islam terbesar di bahagian pulau dan berusia lebih 100 tahun itu mendapati selain berdepan masalah batu nisan yang dicabut, kepingan tembaga pada batu nisan turut hilang.

Seorang waris dari Kuala Lumpur, Mohamed Hashim Ismail, 54, berkata, dia gagal mengesan kubur arwah neneknya yang dikuburkan sejak puluhan tahun lalu ketika menziarahinya, baru-baru ini.

“Walaupun ada waris yang mampu membelanjakan sejumlah wang bagi menggantikan batu nisan baru, namun kita tidak tahu lokasi sebenar kubur arwah ditempatkan.

“Kita berharap batu nisan yang dijadikan sebagai tanda kubur arwah ahli keluarga dapat diletakkan ke tempat asalnya selepas liang lahad ditimbus semula.


“Kita tidak menghalang dan menghargai tugas kakitangan yang menghadapi masalah untuk mengorek liang sehingga terpaksa mengeluarkan batu nisan sementara waktu di tanah perkuburan ini, namun jasa baik mereka diperlukan untuk menempatkan semula ke tempat asalnya,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Jawatankuasa Kariah Masjid Hashim Yahaya, Zambri Abdul Rahman berkata, ada waris yang datang mengadu mengenai kekecewaan selepas gagal mengesan kubur ahli keluarga mereka kerana berpendapat kubur itu ditadbir masjid berkenaan.

“Pihak berkuasa seharusnya menjalankan pemantauan bagi menangani pelbagai masalah di tanah perkuburan itu dan kita merayu supaya aduan dan rayuan dikemukakan waris serta orang ramai dapat diambil tindakan segera oleh pihak berkuasa berkaitan.

“Kita bukan mahu mencari salah atau menuding jari terhadap mana-mana pihak, sebaliknya hanyalah sekadar cadangan bagi mencari jalan penyelesaian,” katanya. – myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori