DEK kerana individu tidak bertanggungjawab, seorang bapa hampir hilang penglihatan mata kirinya selepas sebiji telur rebus dibaling ke arahnya ketika sedang berbasikal untuk ke ke tempat kerja di Crowthorne, Berkshire.
Telur rebus itu dikatakan dibaling oleh seorang penumpang dalam sebuah kereta.
Gara-gara insiden itu, Dylan Watt dikejarkan ke hospital selepas matanya tidak boleh dibuka dan mengalami pendarahan yang banyak.
Watt, 37, yang lebam teruk matanya terpaksa mendapatkan rawatan susulan agar penglihatannya dapat dikembali.
Mengimbas kembali kejadian itu, bapa kepada dua cahaya mata ini akui kini trauma untuk berbasikal.
“Saya sedang berbasikal menuruni bukit di laluan basikal namun secara tiba-tiba saya terasa pukulan di kepala.
“Saya berasa sangat sakit dan terkejut. Kesan mungkin teruk kerana saya memakai cermin mata.
“Saya fikir laluan basikal adalah selamat dan tidak pasti sama ada akan berbasikal lagi untuk ke tempat kerja,” katanya.
Sementara itu, polis sedang mengesan kereta jenis Peugeot 205 atau 305 yang dipercayai dinaiki suspek dalam kes ini. – MYNEWSHUB.CC