KEMURUNGAN anak selepas kematian hamster kesayangan, memberi idea kepada seorang ibu di London untuk melakar komik agar dapat dijadikan kenangan oleh anak perempuannya itu.
Willow Langdale-Smith melukis satu siri komik yang menyentuh tentang hubungan antara anaknya Tabtha, 9, dengan hamster kesayangan yang diberi nama Hammy.
Siri penggembaraan Hammy dan Tabitha masih lagi dalam proses namun dia sudah pun menunjukkan beberapa hasil lukisannya di laman makro Twitter, baru-baru ini.
Sehubungan itu ramai yang memuji bakat serta usaha ibu ini menceriakan anaknya. – MYNEWSHUB.CC