Monday, December 16, 2024

Creating liberating content

Aida Wanita Pertama Pegawai...

HEBAT... Leftenan Maritim Aida Arzahari kelmarin mencatat sejarah sebagai wanita pertama negara dilantik...

BN Pasang Strategi Lemahkan...

TANGKAK - Strategi Barisan Nasional (BN) untuk melemahkan pengaruh Tan Sri Muhyiddin Yassin...

Fitnah: Presiden Brazil Saman...

RIO DE JANEIRO - Presiden Brazil Michel Temer akan mendakwa pemilik syarikat pembungkusan...

Dakwaan Thailand Lepaskan Air...

Dakwaan yang mengatakan bahawa pihak berkuasa Thailand kononnya melepaskan air dari empangan mereka...

Harga Getah Dijangka Terus Menurun Minggu Depan

KUALA LUMPUR – Harga getah Malaysia dijangka terus berada dalam aliran menurun pada minggu depan berikutan selera membeli yang lemah akibat pengukuhan ringgit dan kerisauan ke atas permintaan yang kurang memberangsangkan daripada pembeli utama, China.

Menurut seorang peniaga, ketidakupayaan data ekonomi China juga memberi kesan negatif ke atas sentimen pasaran.

Bursa Komoditi Tokyo (TOCOM), yang menetapkan aliran bagi harga getah tayar tempatan, diramalkan melemah lagi pada minggu depan.

TOCOM hilang sebanyak 6.3 peratus dalam minggu ini, menyusut selama tujuh minggu berturut-turut, ini merupakan rekod terburuknya sejak Februari 2014.

Di pasaran getah tempatan, komoditi itu akan terus melemah disebabkan kekukuhan ringgit berbanding dolar US, kata peniaga.

“Harga dijangka akan terus rendah dan bergerak dalam julat yang kecil pada minggu depan,” katanya.


Untuk minggu yang baru berakhir, pasaran getah tempatan mengikuti aliran menurun, menjejaki prestasi kemelesetan harga di niaga hadapan getah TOCOM.

Dari Jumaat ke Jumaat, harga fizikal rasmi Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR 20 susut sebanyak 32.5 sen kepada 489.50 sen sekilogram manakala lateks pukal turun 34.5 sen kepada 418.50 sen sekilogram.

Harga penutup tidak rasmi pada jam 5 petang bagi SMR 20 berkurangan sebanyak 30 sen kepada 492.50 sen sekilogram manakala lateks pukal merosot 28.5 sen kepada 423.50 sen sekilogram. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori