Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

PRU15: MIC, MCA Setia,...

SUNGAI SIPUT – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru agar penyokong...

Polis Perlis Temui Sepucuk...

KUALA PERLIS - Polis menjumpai sepucuk pistol dan 13 butir peluru di satu...

Nenek Nafi Dakwaan Rogol...

SEORANG wanita warga emas di Indonesia menafikan dakwaan mengadakan hubungan seks dengan seorang...

Salahuddin Ayub Kini Bergelar...

GEORGE TOWN - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub hari ini...

Harimau Malaya Mengharapkan Tuah Di Larkin, Berdepan Timor Leste

Pasukan kebangsaan bertekad mahu memanfaatkan peluang beraksi di tempat sendiri untuk menundukkan Timor Leste pada aksi Play-Off Pertama Kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium Larkin, malam ini.

Ketua Jurulatih Kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee berkata, beliau mengharapkan yang terbaik kepada anak-anak buahnya untuk perlawanan penting menentang Timor Leste walaupun tanpa pemain tengah Kapten Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim yang mengalami kecederaan.

safiq_rahim_0_1

Menurut Kim Swee, yang penting semua pemain yang bakal diturunkan boleh memberikan komitmen 100 peratus pada perlawanan malam ini.

“Meskipun turun tanpa pemain tengah itu, tapi kita mempunyai Amirurhadi Zainal dan Brendan Gan yang boleh mengisi kekosongan posisi tengah.

13301393_983810068382424_3379444993763593621_o-2

“Kita akui Timor Leste 10 tahun dahulu dengan kehadiran terkini sudah jauh berbeza, tetapi dengan taktikal dan komitmen yang diberikan semua pemain, kita yakin mampu memberikan saingan sengit,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.


Sementara itu, Kapten Harimau Malaysia, Aidil Zafuan Abdul Razak berkata, beliau menagih keserasian antara kesebelasan utama pemain yang bakal diturunkan malam ini memandangkan masing-masing bermain di kelab berbeza sebelum ini.

Menurutnya, diharap gelanggang keramat JDT itu mampu membantu skuad kebangsaan mencari bekalan menjelang perlawanan kedua, Isnin depan.

“Bagaimanapun, keserasian bukan masalah besar bagi kita kerana walaupun masing-masing bermain di kelab berbeza, tetapi kita sudah lama kenal.

“Doa kita biar tuah tanpa kalah JDT di Larkin ini turut membawa kejayaan kepada pasukan kebangsaan agar tidak mengecewakan penyokong setia kita,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori