Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Gara Gara Punyai Nama...

SIAPA yang tidak kenal dengan penyanyi diva Beyonce.. Kita tahu tidak mudah untuk menjadi seperti...

Farid Kamil Terkilan Dengan...

JIKA sebelum ini Farid Kamil berdiam diri daripada memberikan sebarang komen mengenai gambar-gambar...

Pemuda PAS Sokong Kenyataan...

KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) bersetuju dengan kenyataan Menteri Kewangan...

PDRM Terkilan Peraturan Baharu...

KUALA LUMPUR – Nampaknya Polis Diraja Malaysia (PDRM) terkilan dengan langkah terbaharu Kementerian...

Hasil Tuna Negara Disasar Cecah RM1 Billion Menjelang 2020

LANGKAWI – Hasil industri tuna Malaysia dapat mencecah RM1 bilion menerusi pendaratan sekurang-kurangnya 130,000 metrik tan ikan itu di negara ini menjelang 2020.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata setakat tahun lepas, kira-kira 68,000 metrik tan tuna telah didaratkan di negara ini.

Beliau berkata kerajaan melihat industri itu berpotensi untuk dikembangkan lagi memandangkan tidak banyak negara di rantau ini, kecuali Thailand, yang bergiat menjalankan perikanan itu.

“Kita akan pelbagaikan tempat kita (agar) ia memberikan pilihan lain (bagi) pasaran-pasaran untuk mendapatkan tempat pendaratan tuna di rantau ini,” katanya kepada media selepas menyaksikan pendaratan pertama tuna di pusatnya di Pelabuhan Tanjung Lembung di sini.


Bagi mencapai sasaran yang ditetapkan itu, katanya pusat pendaratan tuna di Pelabuhan Pulau Pinang akan dihidupkan kembali dalam masa terdekat selepas operasi kemudahan itu dihentikan kira-kira 20 tahun lepas.

Pusat-pusat di Langkawi dan Pulau Pinang akan menumpukan operasi bagi pendaratan tuna dari Lautan Hindi manakala kemudahan sama di Sabah mengeksploitasi potensi tuna dari kawasan Laut Sulawesi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori