Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Maqasid Syariah: Perangi Daesh...

Sejak wujud pada 2014 - Daesh atau ISIL atau nama asalnya Caliph State...

23 Kluster Komuniti Catat...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 23 daripada 62 kluster aktif dengan pertambahan kes yang...

Keputusan Gantung Sekatan Perjalanan...

LOS ANGELES - Mahkamah Rayuan Persekutuan, semalam menolak permohonan untuk mengembalikan perintah eksekutif...

Jangan Jadikan Budaya Barat...

KUALA LUMPUR - Golongan muda khususnya mahasiswa diingatkan supaya tidak mudah terpengaruh dan...

Hasrat Kembar Miliki Payu Dara Sama Tidak Tercapai

Sepasang kembar yang terlalu obses untuk memiliki bentuk badan yang serupa, telah mengalami kekecewaan selepas dimaklumkan bahawa mereka tidak boleh melakukan pembedahan bagi menjadikan payu dara mereka kelihatan sama.

Anna dan Lucy DeCinque, 30, dari Perth, Australia, berkongsi segala-galanya termasuk teman lelaki dan lebih dahsyat mereka makan makanan dengan saiz hidangan yang sama agar berat badan mereka selari.

Bagaimanapun tidak semua benda boleh kelihatan sama apabila doktor pembedahan plastik di Amerika Syarikat, Paul Nassif dan Terry Dubrow memberitahu pembedahan payu dara itu tidak boleh dilakukan kerana mereka bukan kembar seiras.

Justeru jika pembedahan itu dilakukan, ia akan menjadikan perbezaan payu dara mereka semakin ketara.

Pasangan kembar terbabit sebelum ini telah membelanjakan hampir £130,000 untuk pembedahan plastik di bahagian mulut, kening palsu dan bulu mata hanya kerana mahu kelihatan sama.


Minggu lepas, Anna dan Lucy telah dinobatkan sebagai `kembar paling menjengkelkan di dunia’.

Mereka juga bercadang untuk menerbitkan kalendar bikini dan berkongsi cerita mengenai kehidupan mereka yang mempunyai kekasih yang sama, semata-mata kerana mahu memiliki anak yang seiras.

“Kami sentiasa bersama….saya rasa seperti tidak wujud jika adik saya tiada bersama. Anda boleh katakan apa sahaja tetapi inilah cara hidup yang kami pilih,’’ kata Anna.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori