Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Mohd Abd Wahab Dilantik...

KUALA LUMPUR - Dr Mohd Abd Wahab Yusof dilantik Ketua Pengarah Agensi Nuklear...

Graduan Perubatan Meningkat, Sukarkan...

KUALA LUMPUR - Peningkatan mendadak graduan perubatan sejak 2016 menyebabkan wujud masalah melantik...

Adam Shah Nafi Rumah...

PELAKON Adam Shah terkejut dengan dakwaan mengatakan konon isterinya, Fatin Afifah memfailkan permohonan...

Durian: Eksport Cecah Hampir...

SHAH ALAM - Nilai eksport durian dalam bentuk ulas sejuk beku ke China...

Hasrat Peniaga Jemput Isteri Tidak Kesampaian

BESUT – Hasrat seorang peniaga untuk menjemput isterinya di Kota Baharu, Kelantan tidak kesampaian apabila beliau maut dalam kemalangan di Jalan Jabi, dekat sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Mohd Zamri Mohd Rowi berkata mangsa Mohd Afandi Mohd Nor, 39, dari Jaya Gading, Kuantan, meninggal dunia di tempat kejadian setelah kereta Perodua Alza dipandunya terbakar dalam kemalangan itu.

Beliau berkata dalam kejadian kira-kira 4.30 pagi itu, mangsa dipercayai memandu dari arah Kuala Terengganu menghala ke Kota Baharu.

“Setiba di Jambatan Sungai Ketak Besar, Jabi, kereta yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas lalu melanggar tembok jambatan menyebabkan kenderaan tersebut terbakar.

“Ekoran itu, mangsa yang tersepit dalam kereta meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.


Mohd Zamri berkata lima anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Jerteh terpaksa menggunakan gergaji elektrik bagi mengeluarkan mayat mangsa yang rentung.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Besut untuk bedah siasat,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori