Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

RM1.5 Juta Pemuliharaan Pulau...

SETIU - Kerajaan Negeri Terengganu memperuntukkan RM1.5 juta bagi membaik pulih kemudahan asas...

GAMBAR: Gadis Cun Ini...

Dek terlalu obses mahukan bentuk badan yang langsing, ramai wanita khususnya golongan remaja...

Badan Zakat 21 Negara...

JAKARTA - Keganasan yang kembali dialami etnik Rohingya di Myanmar semakin membimbangkan seluruh...

Maszlee Nafi KSCIP Punca...

KUALA LUMPUR - Dr. Maszlee Malik hari ini menafikan laporan yang menyebut rancangan...

Hilang 3 Jari Akibat Mercun Bola

PADAH bermain mercun, seorang remaja berusia 17 tahun hancur tiga jari tangan kanan dalam kejadian di Kampung Bukit Panau, Tanah Merah, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, mangsa Nik Rashidi Azman yang bermain bersama adiknya ketika itu dikatakan tidak sempat membaling mercun bola yang dibakarnya.

Akibat insiden berkenaan anak ketiga daripada lima beradik itu hancur jari telunjuk, hantu dan jari manis serta turut mengalami kecederaan di bahagian muka.

Hilang 3 Jari Akibat Mercun Bola

Hilang 3 Jari Akibat Mercun Bola

Menurut ibunya, Ungku Aznah Ungku Ismail, 45, ketika kejadian, dia sedang memasak juadah untuk berbuka puasa di rumah sebelum dimaklumkan oleh seorang lagi anaknya, Nik Redzuan, bahawa jari abangnya berdarah akibat mercun tersebut.


“Pada mulanya saya tidak percaya tetapi selepas mendapat panggilan telefon daripada hospital, kira-kira jam 6 petang, saya terus bergegas ke sana.

“Saya benar-benar terkejut dan kesal dengan kejadian yang menimpa anak saya. Akibat kecederaan agak teruk, anak saya terpaksa dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk rawatan lanjut,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori