Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Kempen Pemuda BN DUN...

SEREMBAN - Kempen Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK)...

LHDN Nafi Serbu Pembayar...

PUTRAJAYA - Hasil siasatan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mendapati pembayar cukai yang...

Stesen TNB Antara Terbesar...

LUMUT - Pengguna di beberapa kawasan dilaporkan mengalami gangguan bekalan tenaga susulan Stesen Janakuasa...

‘Kereta Terbang’ Bakal Diuji...

KUALA LUMPUR - ‘Kereta terbang’ yang akan diuji oleh Menteri Pembangunan Usahawan pada...

Hampir Pasti, Hillary Calon Wanita Pertama Presiden AS

AMERIKA SYARIKAT: Calon Parti Demokrat, Hillary Clinton semakin dekat untuk menjadi calon presiden wanita pertama bagi pilihan raya Presiden Amerika Syarikat selepas memenangi pemilihan di California, semalam.

Clinton yakin mampu mengalahkan pesaingnya, Bernie Sanders kerana California mempunyai jumlah penduduk paling ramai di negara tersebut.

Pengumuman dibuat selepas mantan setiausaha negara itu meraih pencalonan untuk enam negeri yang akan mengadakan pemilihan bagi Parti Demokrat.

Kemenangan Clinton memberikan tekanan besar kepada Sanders dan ramai menjangkakan bahawa beliau akan berundur dan tidak bertanding.

Walau bagaimanapun, Sanders menjelaskan bahawa beliau tidak akan berundur malah bertekad untuk memberikan saingan sengit dalam pemilihan di Washington pada Selasa depan, 14 Jun.


Clinton akan diisytiharkan sebagai calon Parti Demokrat secara rasmi pada parti konvensyen yang diadakan di Philadelphia, Julai ini. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori