Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Azmin Sindir Tindakan Ikrar...

KUALA LUMPUR - Ciapan pendek Datuk Seri Mohamed Azmin Ali malam tadi menimbulkan...

Turun Cukai, Naikkan Subsidi...

KUALA LUMPUR - Permintaan supaya kerajaan menurunkan kadar cukai dan pada masa yang...

AWAS! 2 Penyakit Yang...

KESIHATAN yang baik adalah satu rahmat dalam hidup, namun ianya mungkin tidak akan...

Polis Pulau Pinang Bertindak...

BUKIT MERTAJAM - Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata beliau...

Hospital Kerajaan Terima Sijil Nikah Mahkamah Anak Negeri

KUALA LUMPUR – Sijil nikah atau sijil perkahwinan yang didaftarkan oleh Mahkamah Anak Negeri (native court) Sabah sah diguna pakai sebagai dokumen rasmi perkahwinan ketika mendapatkan perkhidmatan kesihatan di semua fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S.Subramaniam berkata, pihaknya telah mengeluarkan satu surat penjelasan mengenai Surat Pekeliling Bahagian Kewangan Bilangan 1 Tahun 2014 – Garis Panduan Perlaksanaan Perintah Fi (Perubatan)(Kos Perkhidmatan) 2014 pada hari ini.

“Surat penjelasan ini kepada Pejabat Setiausaha Negeri Sabah, Pejabat Hal-Ehwal Anak Negeri Sabah serta Jabatan Kesihatan Negeri Sabah berkenaan perkara yang berkaitan dengan tafsiran dan penjelasan yang lebih terperinci,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata demikian mengenai isu sijil nikah dan sijil perkahwinan yang didaftarkan oleh Mahkamah Anak Negeri Sabah tidak diterima pakai ketika mendapatkan perkhidmatan kesihatan di hospital kerajaan.


“Kementerian Kesihatan sentiasa mengambil berat dan amat prihatin kepada penjagaan dan mutu perkhidmatan kesihatan yang diberikan kepada seluruh masyarakat.

“Seluruh rakyat mempunyai keistimewaan serta hak dalam mendapatkan perkhidmatan yang terbaik di seluruh fasiliti kesihatan di seluruh negara,” tegasnya. – Mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori