Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Peminat ‘Hencap’ Kamal Adli,...

Umum mengetahui pelakon cantik yang jarang dikaitkan dengan gosip liar, Intan Ladyana sudah...

Peguam Jho Low Cuba...

KUALA LUMPUR – Peguam Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low...

Kastam Kedah Sasar 580...

ALOR SETAR - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kedah menyasarkan 580 pendaftar berpotensi...

PDRM, JAWI Buru Raja...

RAJA Bomoh atau nama sebenarnya, Ibrahim Mat Zin menjadi buruan pihak berkuasa sejak Isnin...

Hukuman Penjara Untuk Pemburu Haram Dinaikkan

Jakarta – Kerajaan Indonesia merancang menaikkan jumlah hukuman penjara terhadap kesalahan berkaitan pemburu haram dan penyeludupan haiwan bagi memperkasakan undang-undang perlindungan hidupan liar.

Pegawai Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia, Tachrir Fathoni berkata, hukuman penjara untuk kesalahan memburu dan memperdagangkan haiwan terancam bakal dinaikkan dari lima tahun kepada 20 tahun.

“Kami mahu penguatkuasaan undang-undang yang lebih kuat.

“Kami mahu individu yang melanggar undang-undang ini berdepan dengan hukuman yang lebih tegas,” katanya.

Indonesia antara negara di dunia yang mempunyai hutan tebal yang menjadi tempat tinggal beberapa spesies haiwan yang sukar ditemui.


Bagaimanapun, banyak haiwan ini seperti badak sumbu dan harimau kini berdepan dengan risiko kepupusan.

Kemusnahan hutan dan aktiviti pemburu haram yang menyasarkan organ haiwan terancam untuk dijual di pasaran gelap antara punca utama kepupusan haiwan ini.

Kerajaan sering dikritik kerana kurangnya tindakan tegas dan aktivis haiwan berkata, undang-undang bagi melindungi haiwan terancam tidak cukup berkesan. – AFP/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori