JANGANKAN manusia, haiwan pun tahu sayangkan anak-anak dan sanggup bergadai nyawa demi mereka.
Itulah yang dibuktikan seekor kucing bernama Flame, apabila sanggup mengharung kebakaran hingga cedera teruk demi menyelamatkan anak-anaknya.
Flame bertindak selaku hero dalam satu kejadian kebakaran di rumah gudang yang didiami bersama anak-anaknya di Liverpool, England.
Tindakan Flame membuatkan ia mengalami kecederaan pada bahagian kaki serta muka.
Keberanian Flame telah memberi inspirasi kepada tertubuhnya satu Page Facebook bagi mengumpul dana merawat kecederaan yang dialaminya. Setakat ini dana terkumpul dilaporkan sudah mencecah £2,000 (RM11,744). – MYNEWSHUB.CC