Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Pelampung Punggung Kim K...

PEMINAT Kim Kardashian yang minat sangat dengan aset yang dimilikinya, kini boleh memilikinya...

Adi Putra Fail Cerai...

BETUL ke perkhabaran terbaharu mendakwa pelakon Adi Putra sudah memfailkan penceraian terhadap isteri...

Samsung Uji Kamera Galaxy...

SAMSUNG adalah satu nama besar dalam dunia Android dan terus tampil dengan koleksinya...

Flydubai Tempah 225 Pesawat...

DUBAI - Ketika China awal bulan ini memuktamadkan kontrak pembelian 300 buah pesawat...

IKEA Malaysia Tarik Balik Produk Coklat Gelap

KUALA LUMPUR – IKEA Malaysia telah menarik balik dua jenis bar cokelat gelap iaitu Choklad Mork 60 peratus dan Choklad Mork 70 peratus, selepas mendapati kandungan susu dan kacang hazelnya tidak diisytiharkan dengan jelas.

“IKEA amat mengutamakan keselamatan dan penarikan balik ini melibatkan semua Tarikh Terbaik Sebelum (BBD) bagi Choklad Mork 60 peratus 100g dan Choklad Mork 70 peratus 100g.

“Catatan BBD itu boleh ditemui di sebelah belakang pembungkusan bar coklat berkenaan (tahun/bulan/tarikh),” IKEA Malaysia berkata dalam satu kenyataan hari ini.

“Individu yang alah kepada susu atau kacang hazel mungkin mengalami reaksi alahan jika memakan produk tersebut,” katanya.

Menurut IKEA Malaysia, pelanggan yang alah kepada susu atau kacang hazel atau yang dinyatakan sebaliknya adalah dialu-alukan untuk memulangkan semula produk-produk yang terlibat di Pasar Makanan Sweden di gedung-gedung IKEA untuk bayaran balik sepenuhnya.


“Kami memohon maaf bagi sebarang ketidakselesaan yang timbul,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi Pusat Panggilan Pelanggan IKEA pada talian 03-7952 7575. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • IKEA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori