APABILA tiba di pertengahan Ramadan, seperti biasa syarikat-syarikat korporat di Malaysia akan berlumba-lumba mempersembahkan iklan sempena Aidilfitri yang paling meninggalkan kesan buat tontonan ramai.
Antara yang paling ditunggu-tunggu adalah iklan dari Petronas, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Maxis dan Telekom Malaysia (TM).
Iklan raya TNB yang mula disiarkan di kaca TV, ternyata berjaya menarik perhatian ramai kerana meskipun sarat dengan mesej ianya tetap mencuit hati penonton.
Iklan ini berkisarkan tentang seorang kanak-kanak bernama Din yang mempunyai banyak kesalahan terhadap bapanya.
Pada pagi raya, Din pun memohon maaf dan menceritakan satu persatu kesalahan yang dilakukannya.
Walaupun bapanya kelihatan terkejut namun dia tetap memaafkan anaknya itu.
Pendek kata iklan yang penuh elemen lucu,comel dan sedih ini pasti membuatkan sesiapa sahaja yang menontonnya tidak sabar-sabar mahu tahu apakah kesalahan yang dilakukan oleh Din.
Paling penting pesanan yang dipaparkan di hujung iklan iaitu ‘Tiada kesalahan yang tidak boleh dimaafkan’. – MYNEWSHUB.CC