GARA-GARA status ditulisnya di Facebook mengenai isu pengambilan vaksin, teruk Imam Muda Ammar dihentam segelintir netizen yang tidak bersetuju dengan pandangannya mengenai perkara itu.
Hari ini pula tersebar satu screen capture menunjukkan perbualan kumpulan dalam aplikasi WhatsApp, Imam Muda Ammar meninggalkan group tersebut disebabkan status ‘kontroversi’ yang dimuatnaiknya semalam.
Imam Muda Ammar atau nama sebenarnya, Ammar Wan Harun, 32, juga dikatakan ingin ‘meletak jawatan’ sebagai Imam Muda.
Imam Muda Dikritik Hebat Kerana Status Anti Vaksin
Imam yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dan Kepujian daripada Kolej Universiti Insaniah Kedah dalam jurusan Syariah ini menulis di laman Facebook seolah-olah dia mempertikaikan pengambilan vaksin dengan mendakwa vaksin tidak akan membantu melambatkan kematian seseorang.
Informasi Mengenai Latar Belakang Imam Muda Ammar
Setakat ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaporkan terdapat dua kes kematian akibat jangkitan bakteria difteria termasuk satu kematian di Melaka pada Sabtu lepas dan Kedah, pagi tadi.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Noor Hisham Abdullah, kedua-dua kes kematian ini berpunca dari komplikasi jangkitan kerana tidak mengambil suntikan imunisasi. – MYNEWSHUB.CC