Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Cavani Terlepas Peluang Aksi...

NIZHNIY NOVGOROD, Rusia - Penyerang Uruguay, Edinson Cavani dijangka terlepas peluang beraksi di...

Dua Pencemaran Serentak Hampir...

SHAH ALAM - Dua kes pencemaran sungai yang berlaku di lembangan Sungai Bernam...

Agong Perkenan Putera Edward...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari...

Anggota Polis Tertembak Rakan...

KUANTAN – Seorang anggota polis di Balai Polis Padang Tengku, Lipis cedera akibat...

Imigresen Kedah Tahan 21 Warga Asing Dalam ‘Ops Ikrar’

ALOR SETAR – Jabatan Imigresen Kedah menahan 21 pendatang asing tanpa izin (PATI) pelbagai warganegara dalam serbuan ‘Ops Ikrar’ di rumah sewa di enam lokasi sekitar kawasan Jeniang dan Sungai Petani, semalam.

Ketua Bahagian Penguatkuasa Imigresen Kedah Mohd Shahrir Khalil berkata dalam operasi 12 tengah malam itu, 11 lelaki serta dua wanita Indonesia, enam lelaki Bangladesh dan satu lelaki serta seorang wanita Kemboja berusia antara 25 hingga 51 tahun ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen.

“Hasil pemeriksaan di Bandar Mutiara, Bandar Puteri Jaya, Kampung Batu 9, Kampung Batu 10 dan Kampung Jeniang, 21 PATI telah ditahan dan semasa serbuan dilakukan di premis rumah sewa ada antara warga asing terbabit sedang tidur dan tidak menyedari kehadiran penguat kuasa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mereka yang ditahan didapati tiada dokumen perjalanan yang sah dan tinggal lebih masa selepas tamat tempoh pas lawatan sosial.


Mohd Shahrir berkata mereka kini ditempatkan di lokap Imigresen, Bangunan Kementerian Dalam Negeri, Alor Setar untuk siasatan dan tindakan lanjut sebelum diserahkan ke Depoh Tahanan Imigresen Belantik, Sik. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori