Monday, October 14, 2024

Creating liberating content

Korban COVID-19 Di AS...

NEW YORK - Korban COVID-19 di Amerika Syarikat (AS) melepasi angka mengerikan 20,000,...

Sedekah: Wanita Myanmar Didenda...

KUALA LUMPUR - Meminta sedekah adalah suatu kesalahan, dan seorang wanita warga Myanmar...

Tolak Kerjasama Dengan PAS...

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Saarani Mohamad menyangkal dakwaan bahawa pandangan presiden...

Gaji RM150k Sebulan Punca...

KEPALA BATAS – Siapa yang tidak tertarik ditawarkan gaji lumayan sehingga mencecah RM150,000...

Ini Jadi Bila Kim Kardashian Bertemu ‘Kembar’ Secara Live..

SERING kali kita dengar tentang mitos bahawa setiap manusia itu mempunyai tujuh ‘kembar’ di dunia.

Entah benar atau tidak mitos ini, tetapi ternyata memang ada indivdu yang mempunyai wajah mirip dengan individu yang lain. Salah seorangnya adalah bintang Hollywood jelita lagi sensasi Kim Kardashian.

Isteri kepada Kanye West ini dikatakan saling tak tumpah dengan seorang wanita dari Kanada bernama Kamilla Osman.

Kamilla Osman.
Kamilla Osman.

kim-dan-kembaran

Malah, warna dan kepanjangan rambut serta bentuk matanya sememangnya mirip benar dengan Kim K.

Menariknya, Kim dan Kamilla telah bertemu secara ‘tidak sengaja’ di sebuah klinik kecantikan, beberapa bulan lalu.

Pertemuan itu sempat dirakam menerusi program realiti Keeping Up With The Kardashians yang bakal ditayangkan dalam episod terbaharu Ahad ini.

Dalam rakaman itu, jelas dua wanita kelihatan awkward tatkala kali pertama bertemu secara live. Bagaimanapun, mereka kemudian dilihat menjadi mesra sebelum masing-masing merakamkan selfie.


kim-kardas

Sebenarnya pertemuan itu diaturkan oleh rakan Kim, Jonathan Cheban, tanpa pengetahuan ibu dua anak itu bertujuan membuatkan Kim K cemburu.

Namun, sebaliknya apabila Kim K pandai menyesuaikan keadaan dengan mengambil gambar selfie bersama Kamilla dan memuat naik gambar itu di laman sosial.

Bagaimanapun, Kim K dalam program realitinya mengakui perasaannya di hadapan kamera dengan menyatakan, ‘Ini adalah super awkward‘. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori