Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Neymar Catat Rekod Pemain...

NEYMAR mencatatkan rekod dunia menerusi perpindahannya dari kelab Barcelona, Sepanyol ke Paris Saint-Germain...

Kesilapan Kerjaya Ramai Selalu...

Nak dapatkan kerjaya yang kamu ingini? Ya. Untuk dapatkannya, kena berani lakukan perkara yang...

Seorang Maut Tunjuk Perasaan...

ACAPULCO - Seorang penunjuk perasaan maut apabila pertelingkahan berlaku di antara polis Mexico...

Bila Pelanggan ‘Meroyan’ Pasal...

Alahai, sedih lihat perangai masyarakat kita yang kadang-kala tidak menunjukkan budi bahasa dan...

Inilah Masjid Paling Sejuk Di Dunia, Suhu Bawah -50°C

SETIAP masjid terkenal di dunia mempunyai ciri khas yang tersendiri. Tetapi tahukah anda, terdapat masjid yang dikenali sebagai masjid tersejuk di dunia?

Mencatat suhu di bawah negatif 50 darjah celcius, masjid The Nurd Kamal yang terletak di bandar Norlisk Rusia ini dikenali bukan kerana kaligrafi atau senibina bangunannya tetapi cuaca sejuk yang luar biasa.

Keadaan di masjid ini akan jadi lebih sejuk apabila tiba musim salji kerana salji menutupi keseluruhan bumbungnya.

Masjid berkenaan merupakan bangunan terindah di bandar itu kerana dindingnya berwarna hijau, dengan kubah bersalut warna emas.

Inilah Masjid Paling Sejuk Di Dunia, Suhu Bawah -50°C

Masjid dibuka tahun 1998 itu dibina oleh Mukhtad Bekmeyev, seorang etnik Tatar dan warga Norlisk yang tinggal di bandar Laut Hitam Sochi yang jaraknya 4,000 km dari masjid tersebut.

Walau bagaimanapun, masjid ini bukanlah nama yang popular dalam kalangan penggembara atau pelancong kerana ianya terletak di kawasan paling utara Rusia.


Norlisk dianggarkan mempunyai 50,000 biji rumah penganut beragama Islam dan jumlah itu hanyalah satu perempat daripada keseluruhan penduduk di wilayah Rusia iaitu sekitar 210,000.

Sebahagian dari bandar ini dipenuhi warga Azerbaijan dan Republik Russia Dagestan yang hanya bekerja sebagai peniaga atau pekerja bangunan.

Jumlah populasi penduduk di bandar tersebut semakin mengecil kerana Norlisk telah mengehadkan akses bagi orang asing. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori