Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

“Kotak Hitam Bakal Dedah...

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, beliau enggan...

Demi Kekasih, Lelaki Belanda...

KISAH cinta seorang lelaki Belanda, Alexander Pieter Cirk yang bermula daripada Internet namun akhirnya...

Adakah Malaysia Menuju Ke...

JAWAPAN persoalan ini tidak sebegitu mudah. Selepas hampir 2 tahun menjalani kehidupan sambil berdepan...

‘Pawang Besar’ Cuba Bantu...

MISTIK... Dibantu dua penolong dan kayu berunsurkan ketuhanan purba Mesoamerican, ‘Pawang Besar’ Mexico...

Ismail Sabri Yakin Rombakan Kabinet Perkukuh Kerajaan

PUTRAJAYA – Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yakin rombakan kabinet yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini akan memperkukuhkan lagi kerajaan.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada menteri dan timbalan menteri yang baharu dilantik serta yang ditukar ke portfolio baharu.

“Saya percaya mereka akan bawa kementerian yang mereka terajui ke arah kecemerlangan dan yakin pelantikan itu dibuat berdasarkan pengamatan perdana menteri bahawa mereka layak untuk jawatan tersebut,” katanya.

Ditanya sama ada terdapat kejutan dalam barisan Kabinet baharu itu, beliau berkata semua pihak tidak sepatutnya membuat spekulasi terlalu awal kerana setiap rombakan kabinet adalah hak prerogatif perdana menteri.

“Bila buat spekulasi terlalu awal itu yang jadi terkejut. Saya percaya ia telah difikir dengan baik oleh perdana menteri,” katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan kementeriannya, di sini hari ini.

Dalam rombakan dan penyusunan semula Kabinet hari ini, Najib mengumumkan Tan Sri Noh Omar, bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, dibawa masuk untuk menerajui Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan manakala Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani dinaikkan pangkat sebagai Menteri Kewangan Kedua.

Perdana menteri turut memaklumkan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berhasrat menamatkan perkhidmatan sebagai Menteri Kewangan Kedua atas sebab peribadi, selain akan menyusun semula tugas menteri-menteri di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Penyusunan semula Kabinet turut melibatkan pertukaran portfolio menteri sedia ada iaitu Menteri di Jabatan Menteri, Datuk Seri Mah Siew Kiong kini sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi manakala Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan menggalas tugas sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab bagi Unit Perancang Ekonomi (EPU).

Najib juga mengumumkan pelantikan tiga timbalan menteri baharu dan seorang bekas timbalan menteri ke dalam Kabinet, selain pertukaran dua portfolio timbalan menteri.


Sementara itu, di GEORGE TOWN, Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata rombakan kabinet itu memberi tumpuan kepada ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

Timbalan Menteri Luar berkata dua tokoh yang dilantik menerajui dua portfolio teras, kewangan dan perancangan ekonomi, adalah mereka yang sangat faham dengan perkaitan dasar ekonomi dan kesan langsungnya kepada rakyat.

“Pengalaman masih lagi menjadi sandaran penting kepada rombakan yang dibuat. Tokoh berpengalaman seperti Yang Berhormat (YB) Tan Sri Noh Omar dan YB Datuk Johari Abdul Ghani pastinya memberi lebih kekuatan kepada kabinet sedia ada,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata adalah satu tindakan tepat membawa nafas dan tenaga baharu di dalam dua portfolio teras itu.

Reezal Merican berkata rombakan kabinet tidak wajar diukur kepada jumlah perubahan semata-mata sebaliknya untaian pengalaman dan ketokohan pemimpin yang terlibat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori