Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kematian Warga Emas Bukan...

KUALA TERENGGANU - Kematian seorang warga emas berusia 59 tahun di Unit Rawatan...

Pelantikan KJ Mampu Beri...

KUALA LUMPUR : Pelantikan Khairy Jamaluddin Abu Bakar atau KJ sebagai Ahli Lembaga...

Luangkan Masa Bersama Keluarga...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak seluruh rakyat Malaysia supaya...

Tiada Kesan Makan Durian,...

TAPAH - Memakan buah durian sama ada selepas atau sebelum menerima suntikan vaksin...

Isteri Maut, Suami Parah Pikap Terbalik Di LPT2

DUNGUN – Seorang wanita maut manakala suaminya parah apabila kenderaan pikap mereka terbabas di Kilometer 339.8, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT 2) berhampiran Paka di sini malam tadi.

Mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira 7 malam itu dikenali sebagai Erawati Che Mat, 36,

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Supt Kamaludin Mohamad berkata nahas dipercayai berlaku selepas Toyota Hilux yang dipandu suami mangsa Zamri Rani, 42, hilang kawalan hingga merempuh besi penghadang jalan sebelum berpusing dan terbalik.

Beliau berkata susulan kejadian itu Erawati tercampak keluar dari kenderaan mereka.

Mayat mangsa yang berasal dari Kampung Seberang Marang dibawa ke Hospital Dungun, begitu juga dengan suaminya yang cedera, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori