Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Set AP iPhone 6S...

PELANCARAN iPhone 6S dan 6S Plus yang baru sahaja diperkenalkan pada awal bulan...

Lubang Benam Di Kompleks...

PUTRAJAYA - Lubang benam sedalam satu meter di laluan masuk ke Kompleks Bunga...

Semua Bentuk Bazar Ramadan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan hari ini memutuskan tiada sebarang bentuk bazar Ramadan dibenar...

Chef Wan Terima Anugerah...

JIKA sebelum ini namanya mencuri perhatian netizen menerusi laman-laman sosial dengan video dan...

Isu RUU 355: Awas Serangan DAP Menjelang PRK 18 Jun

SETAKAT ini, sejak Hari Penamaan Calon 5 Jun lalu, hanya Zairil Khir Johari bersendirian membangkitkan isu RUU 355 Akta Mahkamah Syariah sebagai ancaman pada kebebasan hak asasi manusia menurut Perlembagaan Persekutuan.

Zairil, Ahli Parlimen Bukit Bendera yang dilihat sebagai pemimpin Melayu paling dominan dalam Dap, mendakwa RUU 355 sama seperti pelaksanaan hudud dan bakal menjadi ancaman terutama kepada mahzab minoriti dalam Islam.

Menurut Zairil, kerana Syiah dianggap sesat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, Mahkamah Syariah melalui bidang kuasa yang dicadangkan Pas dalam usul yang bakal dibentangkan Oktober nanti, akan menjadikan pengikut minoriti mahzah itu sebagai mangsa.

Dalam kenyataannya, Zairil masih membangkitkan RUU 355 sebagai berkaitan dengan Enekmen Hudud. Satu cara unthk terus menakut-nakutkan pengundi dan rakyat dengan menggambarkan pindaan bukan Islam, dengan kaitan kebebasan hak asasi.

Biarlah Zairil terjun dengan labu-labunya. Cuma apa yang aneh, pemimpin Dap yang lain, yang lebih awal menentang usul ini terutama Penasihat Dap, Lim Kit Siang dan Setiausaha parti itu, Lim Guan Eng nampaknya tiba-tiba saja menutup mulut buat sementara. Ini jelas terlihat sebaik sahaja bermula kempen PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Walaupun Sungai Besar memiliki 30 peratus pengundi Cina dan Kuala Kangsar sekitar 20 peratus pengundi kaum yang sama, Dap setakat ini cuba mengelak daripada memainkan isu anti Islam dalam konteks RUU 355 untuk menarik perhatian kaum Cina.

Ini boleh dijangka memandangkan calon PAN yang disokong Dap berdepan dengan usaha sukar untuk mendapatkan sokongan pengundi Islam Melayu. Justeru, bagi mengelakkan sekutunya PAN hilangan sokongan, isu RUU 355 terpaksa disenyapkan sementara waktu.

Cuma BN dan Pas perlu berhati-hati. Dap tidak akan mendiamkan diri. Sama seperti PRU 13, 24 jam sebelum Hari Mengundi, isu kemasukkan 40 ribu pendatang Bangladesh sebagai pengundi hantu berjaya dimainkan. Isu yang muncul pada minit-minit akhir itu sangat berkesan. Malah, serangan fajar yang dilancarkan melalui media baharu secara tiba-tiba itu, gagal ditangani jentera BN pada awal pagi Hari Mengundi.

Kesannya, pengundi Cina keluar berduyun-duyun sebagai langkah melindungi calon-calon Dap. Ini kerana kehadiran 40 ribu pengundi Bangladesh disebarkan sebagai langkah membantu memenangkan calon-calon BN di kawasan yang ditandingi calon-calon Cina dalam Dap dan PKR.


Akibatnya, BN menghadapi tsunami protes undi Cina di kawasan majoriti pengundi kaum itu. Kesannya lebih 80 peratus undi Cina tidak memihak pada BN.

Isu RUU 355 ada potensi akan dijadikan senjata akhir menjelang 18 Jun. Ini senjata akhir Dap untuk memastikan pengundi Cina keluar sekali lagi memprotes BN. Ia tidak mustahil, memandangkan dalam keadaan sekarang, ketika masyarakat Cina masih keliru dengan RUU 355, sebarang langkah ‘spin’ Dap terhadap isu ini boleh memgejutkan sentimen masyarakat Cina untuk bangkit memprotes sekali lagi.

Dalam PRK kali ini, respon masyarakat Cina amat dingin. DAP memerlukan sesuatu yang luar biasa untuk memastikan pengundi Cina keluar menyokong calon PAN selaku sekutu parti itu dalam Pakatan Harapan (PH).

BN jangan lalai. Jangan sekali lagi terkena dengan taktik Dap pada saat akhir. Dap pasti berusaha membangkitkan sentimen ketakutan di kalangan masyarakat Cina demi meneruskan survival politik parti itu, sekali pun hanya untuk memenangkan calon parti yang menjadi sekutunya dalam PH.

Pada saat akhir, Dap boleh mengelirukan masyarakat Cina dengan menyebut RUU 355 sebagai hudud yang akan menyebabkan hukuman potong tangan dan rejam dilaksanakan di negara ini. Malah, dalam tempoh waktu yang terdesak untuk mencipta rasa panik, tidak mustahil RUU ini akan dikaitkan sebagai undang-undang yang akan mengambil alih peranan Mahkamah Sivil.

Awas! Dap parti yang sanggup melakukan apa saja! – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori