Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Ryan Reynolds, Blake Lively...

PASANGAN pelakon terkenal Hollywood, Blake Lively dan suami, Ryan Reynolds dilapor bakal menimang...

Mayat Berkopiah Ditutup Selimut...

GEORGETOWN - Mayat seorang lelaki berkopiah putih tanpa dokumen pengenalan diri ditemui di...

MKN Sabah Hantar Pulang...

SANDAKAN - Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah menghantar pulang seramai 490 Pendatang Asing...

Tanah Rata Cameron Highlands...

IPOH - Hujan tanpa henti yang kadang kala lebat sejak pagi tadi menyebabkan...

Isu Slaid Titas Dirujuk Kepada J/kuasa Tatatertib Universiti

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Tinggi telah menyerahkan kes berkaitan bahan kuliah yang dikatakan menghina masyarakat Hindu dan Sikh kepada Jawatankuasa Tatatertib Universiti Teknologi Malaysia (UTM) untuk tindakan lanjut.

Menterinya, Datuk Seri Idris Jusoh berkata jawatankuasa universiti berkenaan kini sedang menyiasat perkara itu sebelum mengambil sebarang keputusan.

“Kita memandang serius apa yang berlaku di UTM kerana dalam satu negara rakyat bermajmuk, kita perlu bersikap toleransi dan hormat-menghormati antara satu sama lain,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Slaid pembentangan modul subjek Pengajian Tamadun Islam dan Asia (TITAS) yang memberi fakta salah mengenai agama Hindu dan Sikh telah membangkitkan kemarahan masyarakat itu selepas diviralkan di laman sosial baru-baru ini.

Idris turut menjelaskan universiti sebagai institusi mempunyai autonomi tersendiri, berkuasa menentukan jenis kesalahan dan hukuman kepada pensyarah.


Katanya, pensyarah kontrak yang menggunakan slaid itu tidak menggunakan modul kementerian malahan menggunakan bahan tersendiri, justeru kementerian tidak bercadang untuk mengkaji bahan kuliah TITAS tersebut.

Modul subjek TITAS adalah wajib bagi semua pelajar pengajian tinggi tanpa mengira agama sejak 2013. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori