Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

iPhone 7 Akan Diperkenalkan...

DENGAN bulan September yang menjelang tiba, salah satu perkara yang dinantikan orang ramai...

MyCC Lakukan Serbuan, Giat...

KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) giat meneruskan siasatan terhadap dakwaan wujud...

Respon Video Viral: “Nama...

TULISAN ini dikongsikan oleh Tuan Faizul Ridzuan, seorang ikon pelabur hartanah yang cukup...

Malaysia Beri Bantuan Kesihatan...

MELAKA – Kementerian Kesihatan bersiap sedia untuk menyalurkan perkhidmatan dan kepakaran kesihatan kepada...

Isu Viral Mengenai Keperluan Darah Perlu Dihentikan

KUALA LUMPUR – Tindakan memviralkan mesej meminta orang ramai menderma darah melalui media sosial perlu dihentikan kerana ianya mengelirukan masyarakat kerana Pusat Darah Negara (PDN) tidak menghadapi masalah tersebut buat masa ini.

Pegawai Perubatan di pusat itu Dr Nor Hafidza Haron berkata jika terdapat pesakit yang memerlukan bekalan darah, mereka boleh berhubung terus dengan pihak PDN atau tabung-tabung darah yang berhampiran.

“Ini supaya tindakan segera dapat dibuat bagi pembekalan darah yang mencukupi dan tepat pada masanya,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau yang menghargai niat murni rakyat Malaysia untuk membantu mendapatkan bekalan darah bagi pesakit yang memerlukan berkata, jika PDN memerlukan bekalan darah kerana keperluan kecemasan, pihaknya mempunyai senarai penderma yang sedia tampil untuk membantu, termasuk jenis darah yang sukar didapati.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dua mesej teks yang telah menjadi viral di media sosial baru-baru ini yang meminta penderma darah dengan kumpulan ‘O Rh negatif’, tampil menderma darah untuk pesakit tertentu.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan Kementerian Kesihatan Datuk Dr Azman Abu Bakar berkata satu mesej yang dihantar April lepas mengenai seorang kanak-kanak dengan penyakit jantung kongenital, pembedahan untuk pesakit itu berjaya dilakukan dengan sokongan bekalan darah dari bank darah.

“Satu lagi mesej yang dihantar awal Mei lalu untuk wanita yang memerlukan pemindahan darah sebagai sebahagian daripada terapi sokongan untuk perubatannya, PDN telah membekalkan darah itu keesokan harinya,” katanya.

Walaupun mesej yang diviralkan itu boleh dilihat positif sebagai satu cara untuk mengingatkan orang awam mengenai keperluan berterusan bekalan darah jenis jarang ditemui, ia boleh memberikan gambaran negatif kepada Kementerian Kesihatan dan PDN.

“Ia menimbulkan gambaran tidak betul kepada keupayaan dan tanggungjawab kementerian serta PDN dalam memastikan komitmen kami dalam terus membekalkan bekalan darah dan produk darah yang selamat, mencukupi, seimbang dan cekap bagi memenuhi keperluan penjagaan kesihatan rakyat,” katanya.

Dr Azman berkata PDN sentiasa mengekalkan sejumlah beg darah yang berlainan kumpulan termasuk Rh negatif untuk keperluan kecemasan daripada hospital.


Beliau berkata mesej yang tersebar di laman sosial itu menyebabkan bekalan darah berlebihan dan menghalang pengumpulan berjadual kumpulan darah sukar didapati ini memandangkan penderma darah hanya boleh menderma setiap dua ke tiga bulan selepas mendermanya.

Beliau berkata terdapat beberapa kejadian di mana penderma darah kecewa setelah dinasihatkan oleh PDN dan bank-bank darah kementerian supaya tidak menderma darah setelah tiba di tempat menderma kerana stok darah untuk kumpulan darah tertentu sudah berlebihan.

“Oleh kerana darah yang didermakan hanya bertahan untuk tempoh tertentu (35 ke 42 hari), berkemungkinan beg darah yang berlebihan akan dibuang kerana telah melepasi jangka hayatnya memandangkan tiada keperluan untuk darah kumpulan itu pada masa berkenaan.

“Kebimbangan utama adalah masyarakat dan penderma darah hanya tampil menderma selepas mengetahui rayuan yang dibuat di media sosial sedangkan fakta sebenarnya ialah pemindahan darah diperlukan setiap hari di seluruh negara,” katanya.

Beliau tidak menafikan ada keluarga pesakit yang memerlukan pemindahan darah tidak menyedari bahawa PDN boleh menyediakan bekalan darah tanpa perlu mereka membuat rayuan di media sosial.

“Kita perlu faham memandangkan terdapat jumlah penderma darah yang kecil dalam masyarakat kita, PDN dan bank darah kementerian menyeru kepada penderma ini supaya menderma dengan kerap agar dapat menyimpan sejumlah beg darah daripada kumpulan jarang ditemui bagi menyokong permintaan kecemasan dan pendarahan yang mengancam nyawa,” katanya.

Beliau berkata menderma darah merupakan tanggungjawab yang dikongsi dan rakyat Malaysia perlu faham kepentingan menderma darah dan perlu digalakkan berbuat demikian untuk memastikan bekalan darah yang stabil pada setiap masa. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori