Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Che Ta Bakal Sambut...

PENGACARA dan ahli perniagaan, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa sebagai Che...

Angka Kematian Cecah 25...

ANGKA kematian dalam kebakaran di California, Amerika Syarikat mencecah 25 nyawa, menurut pegawai...

DAP Sanggup Berubah 1,000...

Orang Melayu kena awas dengan DAP. Orang Melayu kena awas dengan ahli politik...

Foto: Aksi Romantis Che...

AMBOI-amboi...artis-artis tempatan la ni, kalau kata pergi melancong sahaja mesti destinasi yang jadi...

Pilot Famous Sebab ‘Jangan Kata Kapten Tak Payung’

SEORANG juruterbang AirAsia menjdi popular sekelip mata selepas pantunnya yang berbunyi ‘Jangan kata kapten tak payung’ menjadi viral di laman sosial.

Ucapan selamba dan usikannya sebelum memulakan perjalanan dari Singapura ke Kuala Lumpur, Sabtu lalu, membuatkan semua penumpang AirAsia AK700 tercuit hati dan terkekeh-kekeh ketawa.

Secara kebetulan, seorang penumpang dikenali sebagai Izwah Ibrahim sempat merakam audio tersebut lalu memuat naik ke Facebook miliknya.

Izwah dalam statusnya menyifatkan pengumuman berdurasi 1 minit 15 saat dalam Bahasa Inggeris yang diselitkan dengan pantun bahasa Melayu itu membuatkan dia memberi sepenuh perhatian terhadap apa yang diucapkan juruterbang kerana berasa terhibur.

 

 

 

 


Izwah Ibrahim
Izwah Ibrahim

Dalam pada itu, juruterbang tersebut Kapten Shahirul ‘Alim Aminudin tidak menyangka pantun yang diucapkan tiga hari lalu akan menjadi viral.

“Idea berpantun itu sudah lama saya buat, sejak kira-kira setahun lalu sebagai tanda menghargai penumpang supaya mereka tidak bosan tetapi tidak sangka pula pantun Sabtu lalu ‘jangan kata kapten tak payung’ dan ‘mi dalam cawan’ menjadi viral.

“Saya anggap penumpang tetamu yang datang ke rumah, jadi sudah tentu saya mahu memberi layanan sebaiknya supaya mereka terhibur,” katanya kepada Harian Metro.

 

  • Lagi berita berkaitan:
  • viral

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori