Tuesday, October 29, 2024

Creating liberating content

Sambutan Hari Hak Asasi...

KUALA LUMPUR - Keputusan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) untuk mengadakan Sambutan...

Fesyen ‘Seksa’ Sajat Teruk...

SIAPA tidak kenal dengan pemilik Nur Sajat Beautician (Beauty & SPA), Nur sajat...

Kerajaan Tidak Cadang Benar...

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Negara hari ini diberitahu bahawa kerajaan tidak bercadang...

Kerana Secawan Kopi Hidup...

HANYA secawan kopi namun ia telah merubah kehidupan seorang gelandangan yang dikenali sebagai ...

Jaga Didakwa Rogol Anak Saudara

Ipoh – Pengawal keselamatan didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas dua pertuduhan merogol dan melakukan seks luar tabii pada 2014 dan awal Mei lalu terhadap anak saudara perempuannya yang kini berusia 8 tahun.

Tertuduh yang berusia 33 tahun didakwa mengikut Seksyen 376 B(1) Kanun Keseksaan kerana kesalahan melakukan persetubuhan dengan kanak-kanak terbabit diantara Januari hingga Disember 2014 antara 1.30 tengah hari hingga 5.30 petang di Bota bagi pertuduhan pertama.

Pertuduhan kedua, lelaki terbabit didakwa mengikut Seksyen 377 B Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii iaitu memasukkan zakar ke mulut mangsa yang sama pada awal Mei lalu antara 2 petang hingga 5.30 petang di lokasi sama.

Tertuduh yang diwakili peguambela Mohamad Hafiz Jalaludin bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi kedua-kedua pertuduhan dan minta dibicarakan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Hamizah Ghazali yang kemudian meminta tertuduh tidak berikan sebarang jaminan kerana dikhuatiri mengganggu saksi dan mangsa yang juga saudara terdekat tertuduh.


Mohamad Hafiz dalam rayuan bagi anak guamnya pula meminta mahkamah memberikan jaminan yang munasabah berserta cadangan syarat tambahan untuk memastikan tertuduh tidak mengganggu saksi atau mangsa.

Hakim Indra Nehru Savandiah kemudian menetapkan jaminan RM15,000 dengan dua penjamin serta syarat tambahan tertuduh atau mana-mana pihak tidak boleh dekati atau pengaruhi saksi atau mangsa, selain 14 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula kes. – myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori