Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Mansuh Peperiksaan Tahap 1...

KUALA LUMPUR ā€” Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata langkah pemansuhan peperiksaan bagi...

Kepimpinan Pakatan Harapan Hanya...

LUMUT ā€“ Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyifatkan pembentukan...

Structura Design Challenge 2014...

KUALA LUMPUR: Sebanyak 19 institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPT) mengambil bahagian...

Pemandu Maut, 7 Penumpang...

IPOH - Seorang pemandu bas maut manakala tujuh penumpang cedera ringan apabila kenderaan...

Jaga Perpaduan, Isi Kemerdekaan Menerusi Penyatuan

KUALA KANGSAR – Keamanan negara hanya boleh dikekalkan sekiranya ia terus dipelihara menerusi perpaduan rakyat yang berbilang kaum dan agama, kata Menteri Komunikasi Dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

“Negara lain seperti Iran dan Iraq pernah merdeka tapi ia hilang sekelip mata kerana rakyatnya tidak bersatu padu. Mereka tidak menguruskan perbezaan (masing-masing) dengan baik,” katanya semasa berucap pada program berbuka puasa di Surau Al-Hamidiah Kampung Padang Changkat di sini, hari ini.

Justeru itu, katanya kestabilan politik amat penting dalam mengisi kemerdekaan itu.
“Kestabilan politik yang ada ini memberi peluang kepada kerajaan untuk menyediakan kemudahan asas dan meneruskan pembangunan di negara,” jelas beliau.

Terdahulu, Salleh Said meluangkan masa kira-kira 50 minit di Bazar Ramadan Arena Square di sini sambil beramah mesra dengan peniaga dan pengunjung serta membeli beberapa juadah berbuka puasa termasuk ikan patin tempoyak, air jambu merah asam boi dan murtabak.


Seorang peniaga lauk pauk Rozi Mohd Yusof, 51, berkata beliau merasa bangga dan teruja apabila orang kenamaan sudi membeli masakannya.

“Memang seronok, berdebar-debar pun ada. Tadi saya nak masukkan ikan dalam plastik pun rasa macam nak tumpah saja,” katanya.- BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori