Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

47 Kematian Mangsa Covid-19...

KUALA LUMPUR - Kematian mangsa Covid-19 merekodkan kes tertinggi iaitu 47 kematian hari...

Video: Bagaimana Nak Bagi...

BUAH pisang merupakan di antara buah yang paling cepat busuk dan rosak jika...

Rakyat Australia Dari Wuhan...

CANBERRA - Australia merancang menempatkan warganya yang dikeluarkan dari pusat wabak koronavirus di...

Perlis Tidak Setuju Harumanis...

ARAU - Kerajaan negeri Perlis tidak bersetuju dengan cadangan supaya pokok mempelam Harumanis...

JAIJ Terus Pantau Aktiviti Kutip Derma Haram

BATU PAHAT – Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) akan terus memantau kegiatan tidak bertanggungjawab pihak tertentu yang mengambil kesempatan belas ihsan orang ramai dengan mengutip derma secara tidak sah kononnya untuk pembinaan masjid atau madrasah sempena bulan Ramadan ini.

Kadi Daerah Batu Pahat, Syeikh Baharin Jalal berkata pihaknya akan sentiasa membuat pemantauan dari semasa ke semasa bagi membendung kegiatan tersebut dari terus berleluasa.

“Mereka (pengutip derma) dari luar negara yang benar-benar ingin mengutip derma bagi tujuan yang dibenarkan perlu mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa iaitu daripada JAIJ terlebih dahulu.

“Manakala pengutip derma dalam negara perlu mendapat kebenaran daripada kadi di daerah masing-masing terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Sejak petang semalam, beberapa keping gambar viral di laman sosial menunjukkan penguat kuasa JAIJ menyerbu beberapa lelaki sedang mengira duit kutipan derma yang bertaburan di atas katil sebuah hotel bajet di Batu Pahat.


Baharin mengesahkan bahawa petugas bahagian penguatkuasaan JAIJ secara tidak sengaja mengesan lima lelaki warga Thailand tersebut di sebuah hotel ketika melakukan operasi khalwat.

“Pihak kita akan melakukan siasatan terperinci mengenai kejadian tersebut sebelum mengambil tindakan lanjut,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • DERMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori