Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tiada Kes Rabies Di...

KUALA LUMPUR – “Tiada kes positif rabies dilaporkan di Negeri Melaka dan Perak...

Sajat Diminta Kemuka Bukti,...

SHAH ALAM - Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat diminta...

Hamil Anak Sulung Julia...

KUALA LUMPUR: - Pelakon berdarah campuran, Julia Ziegler sah hamil empat bulan. Berkongsi berita...

Penoreh Getah Mengaku Tidak...

TEMERLOH – Seorang penoreh getah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini...

‘Jam 8.30, Mereka Belum Berbuka’ – Cina Ini Jadi Hero

SEORANG lelaki bernama Kuan Chee Heng kini menjadi sebutan rakyat Malaysia selepas gambarnya memberi makan kepada sebuah keluarga susah untuk berbuka puasa, tersebar menjadi viral di laman Facebook.

Dalam status yang dimuat naik, Kuan memberitahu, terdapat seorang ibu bersama lapan orang anaknya masih belum berbuka puasa meskipun jam sudah menunjukkan pukul 8.3o malam.

ANÊLL-by-Aznil-Nawawi

“Lapan adik beradik ditinggal ayah bersama ibu. Hidup dalam gelap gelita api dipotong dan air dipotong.

“Jam sudah 8.30 masih belum berbuka sebab tiada apa yang boleh di makan. Saya menjemput mereka semua untuk makan. Bantulah mereka kerana keadaan mereka yang sangat memerlukan,” ujarnya.

Walaupun berlainan agama dan bangsa,  sifat prihatin dan ikhlas yang ditonjolkan Kuan menyentuh hati ramai.

17hmbayis.jpg_1466129240

Rata-rata netizen khususnya yang beragama Islam memuji tindakan lelaki ini.

Gambar yang dikongsi Kuan juga menunjukkan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum boleh hidup aman damai dan harmoni.13407152_1252118644799902_4995142433249141646_n


13407152_1252118781466555_7640597312150056992_n

Tidak sampai 24 jam dimuat naik, status Kuan telah mendapat hampir 30,000 likes dan lebih 15, 000 shares.

Dalam perkembangan terbaru, susulan insiden ini menjadi viral, Kuan memberitahu, pemilik rumah yang disewa keluarga susah ini memberi tempoh masa untuk keluarga ini tinggal sehinggalah mereka mendapat rumah zakat.

Selain itu, bil air dan api rumah keluarga ini akan dilangsaikan setelah mereka mendapat kutipan zakat.

Kesusahan keluarga ini turut mendapat perhatian Zakat Selangor yang berjanji akan memberi bantuan secepat mungkin. – MYNEWSHUB.CC

 

MENARIK : 

Pengacara Wanita Tak Sengaja Pamer Underwear Secara Live

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori