Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Video: Mudah Jer Warga...

KUALA LUMPUR - Satu rakaman litar tertutup (CCTV ) berjaya membongkarkan kegiatan tiga orang...

Persatuan Bola Sepak Diharap...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berharap persatuan bola sepak negeri-negeri...

13 Ditahan Terbabit Kumpulan...

POLIS menahan 12 rakyat Filipina dan seorang lelaki tempatan di Sabah minggu lalu...

Jarak 6KM Tapi Tambang...

HANYA kerana pentingkan keuntungan, seorang pemandu teksi tergamak menipu dua pelancong dari Perancis dengan...

Jangan Mudah Terjebak & Terpengaruh Ideologi Songsang, Titah Agong

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah bertitah menyeru rakyat Malaysia supaya tidak mudah terjebak dan terpengaruh dengan ideologi songsang yang boleh mengakibatkan kehancuran kepada negara serta tamadun dunia.

Seri Paduka bertitah pergolakan yang berlaku di seluruh pelosok dunia dan serangan pengganas di beberapa negara seperti Belgium, Turki, Perancis dan Indonesia sejak kebelakangan ini menzahirkan kebimbangan di hati baginda.

Baginda bertitah serangan-serangan itu bukan sahaja menyebabkan kemusnahan harta benda, malah mengakibatkan banyak nyawa terkorban, termasuk orang awam dan rakyat yang tidak berdosa.

“Ini disebabkan angkara kumpulan-kumpulan pengganas dan munculnya kefahaman serta ideologi yang terlalu ekstrem dan taksub kepada kelompok sempit dan menyimpang jauh daripada ajaran Islam sebenar,” titah baginda pada majlis menghadap dan istiadat pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat persekutuan bersempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, di sini Sabtu.


Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, tetamu kehormat dan duta-duta. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori