Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pendidikan Percuma Peringkat Universiti

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan dalam peringkat akhir meneliti mekanisme terbaik bagi menyediakan...

Sumbat RM20 Di Faraj...

KUCHING — Sudah jatuh ditimpa tangga. Begitulah nasib malang dialami seorang jurujual yang mengalami...

Tanaman Pisang Di Balik...

BALIK PULAU - Hampir separuh kawasan tanaman pisang di Balik Pulau terjejas teruk...

Jalani Pembedahan Buang Ketumbuhan...

LOS ANGELES - Seorang lelaki yang menderita kerana memiliki buah zakar bersaiz luar...

Jangan Pandang Rendah, Militan Daesh Sudah Bersedia!

LEBIH 20 kali – sejak 2014 hingga 20 Jun lalu, ketika sempat mengikuti pembentangan tertutup dan eksklusif berhubung Ancaman Daesh Terhadap Keselamatan Negara – bahaya gerakan ini memang jelas sesuatu yang sentiasa berkembang dan semakin berbahaya.

IS sudah bertapak dan bersedia dalam pelbagai senario.

Pembentangan slide oleh Bahagian Counter Terorisim Bukit Aman, yang sentiasa dikemas kini dalam tempoh tiga tahun itu cukup untuk memberi petunjuk: Ancaman Daesh tidak pernah pudar dan mengendur!

Dari kisah dua remaja sekolah pondok berusia 16 tahun, kelahiran Johor dan Kelantan yang menyusup masuk ke Selatan Thailand dan berjuang mengangkat senjata, sampailah kisah seorang gadis berambut perang kelahiran Kedah yang berjaya menyusup masuk ke Syria dan menjadi pejuang Daesh – antara maklumat yang disalurkan Bahagian Counter Terrorism sebagai bukti: Rakyat Malaysia tanpa mengira profil dan personaliti menjadi sasaran gerakan itu untuk dikaderkan.

Malahan, sembilan percubaan untuk melancarkan serangan bom di tempat awam di negara ini, turut membuktikan betapa seriusnya operasi dan motif Daesh untuk menghuru-harakan negara.

Keupayaan militan Daesh tempatan menghasilkan bom nitrat dengan adunan pelbagai material yang mudah diperolehi, satu lagi fakta gerakan teroris itu sudah berada pada tahap kedua: Bersedia melancarkan serangan maut pada bila-bila masa.

193 tangkapan membabitkan pelbagai lapisan profil terdiri daripada pengrekrutan awam, malah anggota tentera – satu fakta Daesh di negara ini sudah berada di frasa: Memiliki kepakaran militan dan *berkemampuan melakukan serangan pengeboman dan persenjataan!*

Ketua Bahagian Counter Terorism Bukit Aman, Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay tidak pernah bosan dan mengalah dalam mendedahkan operasi demi operasi yang dijalankan pihak polis, serta takah demi takah kemajuan yang dikesan dalam gerakan Daesh di negara ini.

“Setakat ini kita sentiasa selangkah di hadapan militan Daesh tempatan. Jadi kita dapat membanteras perancangan mereka. Namun, kalau sekali saja mereka berjaya, kesannya membawa padah,” katanya setiap kali tampil membentangkan ceramah dalam Dialog Isu Negara yang dianjurkan secara konsisten selama tiga tahun oleh Biro Tata Negara dan Pejabat Perdana Menteri.

Bayangkan, dua remaja yang mengangkat senjata berjuang di Selatan Thailand berusia 16 tahun – tetapi sepanjang ditahan – langsung tidak menunjukkan rasa takut atau bersalah. Kedua-dua pelajar itu yakin, berjuang mengangkat senjata adalah jihad ke jalan Allah.

Selain 193 yang berjaya ditahan di bawah Akta Pencegahan Keganasan Langkah-Langkah Khas (Sosma), terdapat lebih 200 rakyat negara ini berada di Syria bersama berbagai kumpulan militan termasuk Daesh. Ini jumlah yang berjaya dikesan kerana mereka berani mengisytiharkan pembabitan melalui media baharu tanpa sedikit pun rasa gentar.

Ada di antaranya bekas penagih dadah, pelajar agama, pendidik dan doktor perubatan. Satu scenario profil yang memberi impak bahawa pengaruh ideologi Negara Khalifah tajaan Daesh tiada had sosial dalam meraih sokongan.

Ideologi membina sebuah negara berdasarkan Gerakan Panji-Panji Hitam dengan Kalimah Allah dan Muhammad itu, sangat mudah menarik pesona bagi golongan yang mudah diseleweng.

Justeru, ancaman terkini melalui video yang tersebar di media sosial sejak dua hari lalu tidak boleh dipandang enteng.


Individu seperti Mohd. Rafi Udin atau Abu Ain yang kini berada di Raqqa, Syria tidak boleh dilihat sebagai gertakan atau sekadar bercakap besar. Dia bukan seorang militan yang sekadar cuba untuk membangkitkan semangat IS ketika kubu kuat gerakan itu berjaya dijatuhkan di Falujah, Iraq.

Sejak seminggu lalu, Falujah yang menjadi simbol kenegaraan pada Daesh di Iraq berjaya dirampas Tentera Iraq dengan bantuan strategi dan serangan udara Amerika Syarikat.

Setelah kejatuhan Falujah, kini Tentera Iraq dan AS menumpukan pula frasa serangan terhadap Mosul, bandar yang dianggap ibu negara Daesh.

Abu Ain barangkali bukan jurucakap terbaik Daesh bagi Khatibah Nusantara – wilayah yang dirancang Daesh membabitkan pembentukan satu negara Islam merangkumi Indonesia, Malaysia, Borneo, Selatan Filipina dan Selatan Thailand.

Abu Ain kelahiran Negeri Sembilan yang menyertai Daesh di Syria sejak 2014, secara berani dan terbuka menyebarkan videonya dengan seruan:

“Bunuh mereka di mana sahaja yang anda jumpa… Jika anda ada kereta, langgarlah mereka… Gunakan senjata dan pisau untuk tikam terus dada mereka!”

Malah, tegar menghasut penyokong dan militan IS tempatan supaya memerangi polis:

“Kepada anda yang ada di Bukit Aman, anda tidak lagi aman. Kami bersedia untuk sembelih anda…. Apabila kami datang, rakan-rakan kami di negara ini juga akan memburu anda habis-habisan!”

Jangan pandang enteng. Kalau anda berkesempatan mengikuti ceramah serta pendedahan ratusan slide dan video yang dikuliahkan Datuk Ayob – anda pasti menerima isyarat yang jelas.

Militan Daesh tempatan dan polis kini sedang berada dalam *permainan tikus dan kucing*. Bezanya – buat masa ini polis selalu memenangi permainan ini.

Namun seperti kata Datuk Ayob – sekali saja Daesh menang – padahnya amat besar! – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori