Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Peniaga Bantah Tindakan MPKB...

KOTA BHARU - Sebahagian daripada 400 peniaga bazar Kubang Kerian di sini membantah...

Rugi Sektor Pengangkutan Tak...

KUALA LUMPUR - Aplikasi mudah alih telefon pintar atau ‘e-hailing’ untuk mendapatkan perkhidmatan...

Zizan Razak Jelaskan Fotografi...

PETALING JAYA - Pelawak Zizan Razak mengambil pendekatan untuk tidak mengulas berhubung dakwaan...

Tak Perlu Risau Bergaul...

NILAI - Masyarakat tidak perlu risau untuk bergaul dengan pesakit COVID-19 yang sudah...

Jangan Sebarkan Rahsia Kerajaan Kepada Pihak Luar

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan penjawat awam agar menjaga rahsia kerajaan daripada disebarkan kepada pihak luar sebagaimana janji yang dibuat ketika mula berkhidmat.

Katanya walaupun terdapat penguatkuasaan dari segi undang-undang bagi mengekang perkara itu daripada berlaku, namun individu itu sendiri haruslah mempunyai rasa bertanggungjawab pada diri sendiri dan menguatkuasakannya sendiri pada diri masing-masing.

“Kita mempunyai Akta Rahsia Rasmi tetapi itu hanya undang-undang, dan penguat kuasa yang sebenar adalah diri kita sendiri, ” katanya.

Berucap pada program Penerapan Nilai-nilai Murni Pada Bulan Ramadan serta jamuan berbuka puasa bersama Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Dalam Negeri di Seri Satria, di sini hari ini, Ahmad Zahid menekankan mengenai kepentingan menjaga rahsia selaras dengan sumpah yang dibuat para pegawai kerajaan dengan menggunakan nama Tuhan.


“Bagi yang beragama Islam, kita telah bersumpah dengan menggunakan nama Allah dan jika kita melanggar sumpah itu dikhuatiri akan mengundang laknat daripada Allah,” katanya.

Pada majlis itu, seramai 100 anak-anak dari Pusat Tahfiz Al Taqwa, Sungai Buloh, Selangor serta golongan asnaf dan anak-anak Yatim, Paya Jaras, Sungai Buloh turut hadir bersama 1,200 tetamu yang lain. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori