Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Sekolah Terima Ancaman Bom,...

Georgetown : Polis Pulau Pinang membuka dua kertas siasatan susulan dua sekolah antarabangsa...

‘Bapa’ Bawa Lari Remaja...

SEORANG remaja perempuan berusia 14 tahun dipercayai hilang selepas keluar membeli nasi ayam...

Farah Asyikin Sah Bergelar...

TAHNIAH diucapkan kepada penyanyi Farah Asyikin yang telah pun sah bergelar isteri kepada...

PRU-15: Senarai Akhir Calon...

KOTA KINABALU : Senarai akhir calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hampir siap dan...

JASA Tawar Staf Program Lanjut Pelajaran Ke UUM

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh mengalu-alukan langkah diambil Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) memberi peluang kepada kakitangannya mengikuti program Doktor Falsafah (PhD), Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Katanya, kerjasama antara JASA dengan Pusat Pengajian Antarabangsa UUM itu melibatkan pengajian peringkat pertama seramai 140 kakitangan agensi berkenaan yang berminat menyambung pelajaran.

Program itu, menurut beliau, membabitkan penawaran program Ijazah Sarjana Muda (Pengurusan Hubungan Antarabangsa) seramai 55 pelajar, Ijazah Sarjana (Pengajian Kenegaraan) 78 orang dan PhD (Politik dan Hubungan Antarabangsa) seramai tujuh orang.

“Pengajian mereka ini menggunakan konsep berbeza, di mana pensyarah UUM akan turun ke Alor Setar (Kedah), Kuala Lumpur dan Johor Bahru untuk memberi syarahan dan berjumpa dengan pelajar di lokasi berkenaan.

“Ini akan meningkatkan lagi pengetahuan pelajar dan juga baik untuk Kementerian Komunikasi dan Multimedia kerana akan mempunyai pegawai yang berprestasi dan mampu berdamping dengan masyarakat dan menjelaskan isu-isu semasa yang sedang berlaku dalam negara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) JASA dengan UUM Program Pendidikan Tinggi MOD Eksekutif Pegawai JASA di sebuah hotel di sini hari ini.


Turut menyaksikan MoU antara JASA dengan UUM ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak.

JASA diwakili Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Puad Zarkashi, manakala UUM diwakili Naib Canselornya, Datuk Seri Prof. Dr. Mohamed Mustafa Ishak.

Idris berkata, program pengajian seumpama itu adalah kritikal kepada keperluan dan fungsi institusi seperti JASA kerana peranan khusus sebagai jentera kerajaan yang terlibat memberi input serta mempengaruhi persepsi massa terhadap kerajaan. – Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori