Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Khairy Ajak Orang Ramai...

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menyeru agar orang ramai...

Isu Kontena Beras: Selatan...

KOTA KINABALU - Pembeli beras di Filipina memutuskan untuk mengetepikan Sabah dan Labuan...

Jamal, 7 Pekerja Dibebaskan...

SHAH ALAM - Pengerusi Gabungan Gerakan Merah Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos...

Video: Kantoi! Aksi Gay...

NAMPAKNYA 'kaum nabi Luth' bukan sahaja banyak berkeliaran di Bandar Sri Permaisuri, kini...

Jawatankuasa Wujudkan Persekitaran Sihat Ditubuhkan

PUTRAJAYA – Sebuah jawatankuasa bagi mewujudkan persekitaran yang sihat ditubuhkan berikutan peningkatan risiko kebanyakan penyakit tidak berjangkit dalam kalangan penduduk Malaysia.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata jawatankuasa itu akan dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang akan bermesyuarat untuk kali pertama pada 21 Jun ini melibatkan beberapa kementerian berkaitan.

“Kita akan mengusulkan beberapa cadangan proaktif kepada jawatankuasa terbabit dalam meningkatkan kualiti penjagaan kesihatan rakyat yang akan melibatkan kerjasama kementerian-kementerian lain,” katanya pada taklimat media mengenai Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2015 di sini hari ini.

Ia termasuk cadangan kerjasama dengan Kementerian Pendidikan bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru dalam penyediaan makanan untuk pelajar oleh pengusaha kantin sekolah, katanya.

“Kita tidak mahu makanan seperti kentang goreng dan ayam goreng menjadi pilihan pengusaha kantin memandangkan ia cepat dan mudah dimasak serta disukai oleh anak-anak murid,” katanya.

Antara kementerian yang terlibat adalah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Dalam pada itu, berdasarkan tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2015 mendapati dalam kalangan penduduk berumur 15 tahun ke atas, 17.5 peratus atau anggaran 3.5 juta orang mengalami masalah diabetes.


“Daripada tinjauan itu juga didapati seorang daripada tiga rakyat Malaysia atau kira-kira 6.1 juta penduduk menghidap hipertensi serta 47.7 peratus atau 9.6 juta orang didapati mempunyai paras kolesterol yang tinggi,” katanya.

Dr Subramaniam berkata kajian juga mendapati peringkat umur antara 40 hingga 59 tahun adalah golongan yang tertinggi melibatkan diri dalam aktiviti fizikal berbanding golongan lebih muda atau tua daripadanya.

“Antara faktor yang menghasilkan dapatan kajian terbabit adalah di peringkat umur tersebut, mereka biasanya mula mendapat ‘signal’ kehadiran penyakit dan menerima nasihat doktor untuk mula melakukan aktiviti berbentuk senaman.

“Sekalipun pelbagai usaha dilakukan kerajaan untuk meningkatkan kualiti kesihatan rakyat, namun penjagaan kesihatan merupakan satu tanggungjawab kepada individu itu sendiri,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori