Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Sarawak Rekod 92 Kes...

KUCHING - Sarawak merekodkan 92 kes baharu gigitan haiwan merangkumi  42 kes  di Serian,...

Lampu Hijau Untuk Bersatu...

PENYERTAAN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Muafakat Nasional (MN) dipersetujui secara prinsip.Setiausaha...

Pendanaan Awam Hartanah Galakkan...

SEMENYIH - Tun Dr Mahathir Mohamad yakin penyelesaian Pendanaan Awam Hartanah yang diumumkan...

140 Kes Pecah Rumah...

KUCHING - Sarawak merekodkan 140 kes pecah rumah dan curi sejak awal tahun,...

JBPM Kelantan Keluar 138 Notis Pasar Raya Tutup Laluan Kecemasan

PASIR PUTEH – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan mengeluarkan 138 notis kesalahan menutup laluan kecemasan di dalam premis semasa 42 pemeriksaan terhadap bangunan terutama pasar raya di negeri ini bermula 1 Ramadan sehingga semalam.

Pengarahnya Azmi Osman berkata pemilik bangunan berkenaan diberi peluang antara 14 dan 21 hari supaya mengambil tindakan membuka kembali ruang yang ditutup dengan meletakkan barangan di atas tangga dan mengunci pintu kecemasan.

“Ini akan menghalang laluan orang ramai yang membeli belah sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di premis berkenaan untuk menyelamatkan diri jika berlaku kebakaran,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Ops Raya peringkat negeri di Bukit Yong di sini, malam tadi.

Majlis berkenaan dilancarkan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerak Zawawi Othman.

Azmi berkata pihaknya akan membuat pemeriksaan susulan ke atas premis terbabit dan jika didapati mereka masih gagal mengosongkan tangga dan mengunci laluan keselamatan, tindakan mahkamah akan dikenakan terhadap pemilik terbabit.

Beliau berkata sepanjang perayaan Aidilfitri tahun lepas sebanyak 104 kebakaran telah dilaporkan manakala 11 daripada jumlah itu terdiri kebakaran bangunan termasuk premis perniagaan.


Katanya jumlah kerugian pula dianggarkan sebanyak RM60,950 dengan jumlah harta benda yang berjaya diselamatkan adalah RM2.24 juta.

Sementara itu, Zawawi yang juga Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh mencadangkan agar kenderaan berat terutama lori muatan barang diwajibkan menyediakan alat memadam kebakaran di dalam kenderaan masing-masing.

Beliau berkata, selain sebagai langkah persediaan jika berlaku kebakaran terhadap kenderaan mereka, ia juga dapat membantu kenderaan lain yang menghadapi kecemasan kebakaran akibat kemalangan jalan raya sebelum anggota bomba dan penyelamat tiba di tempat kejadian. -BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Bomba

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori