Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

“Terima Kasih Ya Allah...

PELAKON jelita, Elfira Loy meluahkan rasa syukur kerana diberikan diberi peluang menjejak kaki...

Kabinet Bincang Isu Pengambilan...

KUALA LUMPUR - Jemaah Menteri akan membincangkan isu mengenai pengambilan pekerja asing dari...

Neymar Hantar Bola Guna...

PARIS - Neymar membuktikan dirinya seorang pemain yang memiliki kemahiran luar biasa apabila...

Arena Badminton Dunia Terkesan...

KUALA LUMPUR - "Pergi ke gelanggang bersendirian. Tiada siapa yang mengiringi saya lagi,"...

Jentera BN Sedia Tangkis Tohmahan Terhadap Mastura

KUALA KANGSAR – Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) sedia menangkis segala tohmahan terhadap calonnya Datin Mastura Mohd Yazid pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar.

Naib Presiden UMNO itu berkata Mastura kini menjadi sasaran pihak tertentu yang membuat pelbagai tohmahan di media sosial, termasuk dakwaan kononnya pengundi akan berdosa jika mengundi calon yang masih dalam edah.

“Jangan terikut-ikut, saya yakin pengundi bijak berfikir siapa yang akan mewakili suara mereka ke Parlimen nanti,” katanya kepada pemberita selepas proses penamaan calon PRK Parlimen Kuala Kangsar di Dewan Jubli Perak, di sini hari ini

Hishammuddin, yang juga Menteri Pertahanan, berkata jentera BN bersedia berdepan dengan cabaran media baharu bagi menangkis sentimen negatif itu di sepanjang tempoh kempen.

PRK Parlimen Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, yang juga suami kepada Mastura, dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.

PRK Kuala Kangsar pada 18 Jun ini menyaksikan pertandingan empat penjuru antara BN, PAS, Parti Amanah Negara (Amanah) dan Bebas.

Dalam pada itu, Presiden MIC, Datuk Seri Dr S. Subramaniam turut melahirkan keyakinan pengundi India akan memberi sokongan kepada Mastura.


Beliau berkata masyarakat India di sini rata-rata menyenangi khidmat Allahyarham Wan Mohammad Khair-il Anuar dan akan terus memberi kepercayaan kepada isterinya.

Dr Subramaniam, yang juga Menteri Kesihatan, berkata jentera MIC telah mengenal pasti kira-kira 1,400 pengundi India dan akan memastikan mereka keluar pada hari mengundi.

Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong turut menzahirkan keyakinan kepada Mastura untuk terus memimpin kawasan Parlimen itu.

“Banyak tomahan yang dilemparkan terhadap beliau namun calon BN itu mampu memimpin sama juga seperti arwah suaminya,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori