Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

DAP Bantah Undang-Undang Syariah...

PUTRAJAYA - DAP menganggap kenyataan peguam Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bahawa...

Aswaja Kesal Siti Kasim...

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja) memberi peringatan kepada...

Nahas Kereta Pelakon Hema...

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia lima tahun, Sonam disahkan meninggal dunia dalam nahas jalan...

LHDN Tawar Pengurangan Penalti

KUALA LUMPUR - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menawarkan pengurangan penalti ke...

Jika Ada Jodoh, Sampailah Kad Jemputan Kami – Wak Doyok

HUBUNGAN cinta antara ikon fesyen, Wak Doyok dan Azrinaz Mazhar Hakim bukanlah satu rahsia dan sudah diketahui umum. Tetapi, kedua-dua pihak masih memilih untuk mendiamkan diri.

Terbaharu, Wak Doyok dilaporkan mStar Online memberitahu bahawa dia tidak menolak jika ditakdirkan jodohnya bersama Azrinaz.

“Tentang status saya dan Azrinaz, kami sebenarnya masih berkawan dan dia merupakan kawan paling rapat dengan saya. Kami berkawan kerana kami masing-masing tidak berpunya dan jika ada jodoh, sampailah kad kami kepada anda semua nanti.

“Saya hanya orang kampung dan dia merupakan orang kenamaan. Bagi saya jika ingin memiliki seorang wanita, perlu memikat ibu bapanya terlebih dahulu,” katanya yang mengakui mereka sedang mengenali hati budi masing-masing.

Sebelum ini Wak Doyok pernah dikaitkan dengan seorang wanita VIP dan dia dikatakan memilih untuk tidak memberikan sebarang komen sehinggalah kini, dia mula menjawab apabila ditanya tentang hubungannya dengan Azrinaz. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori