Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Alif Bimbang Suara Hilang...

HANYA tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum pementasan teater Dia Semanis Honey dimainkan...

Serahkan Kepada Najib Tentukan...

KOTA BELUD - Pemimpin dan anggota parti komponen Barisan Nasional (BN) disaran menyerahkan...

Harga Mahal ‘Bunuh’ Industri...

LANGKAWI - Jumlah kedatangan pelancong ke Langkawi akan merosot jika ada pemain industri...

Militan Daesh Beri Amaran,...

LANGKAH Putrajaya dalam memerangi puak pelampau Militan Negara Islam (IS) atau Daesh tidak...

JKDM Rampas 113,000kg Mercun Bernilai RM4 Juta

KUALA LUMPUR – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 113,000 kilogram pelbagai jenis mercun di seluruh negara bernilai RM4 juta dalam tempoh Januari sehingga awal Jun tahun ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata mercun yang diseludup dari negara jiran itu dibawa masuk menggunakan pelbagai kaedah melalui jalan darat dan air.

Katanya, kegiatan penyeludupan terutama mercun sememangnya meningkat ketika tiba musim perayaan kerana mendapat permintaan tinggi.

“Oleh itu, JKDM menjalankan operasi dua bulan lebih awal bagi membanteras aktiviti penyeludupan termasuk senjata api,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan ‘Jom Minta Resit GST’ di sini hari ini.

Selain itu, beliau berkata kastam turut memantau aktiviti penjualan mercun dan kereta klon secara dalam talian.

Dalam pada itu, Khazali turut mengingatkan peniaga supaya sentiasa mengeluarkan resit jualan.


Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada pembeli, dan orang ramai perlu menjadikan amalan meminta resit setiap kali berbelanja suatu kebiasaan.

Peniaga yang engkar boleh didenda mengikut Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014.

Pada majlis itu, 20 individu bertuah menerima hadiah peraduan ‘Jom Minta Resit GST’ bagi tempoh cabutan bulan April-Mei.

Peraduan yang dilancarkan pada April lepas itu bertujuan menggalakkan pengguna meminta resit bagi setiap pembelian serta meningkatkan pematuhan peniaga untuk mengeluarkan resit jualan bercukai GST. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori