MENCARI ilmu tidak harus setakat menggenggam segulung ijazah, sebaliknya ilmu dituntut untuk dicari hingga ke akhir hayat kita.
Hal itu juga dilakukan penyanyi rap terkenal, Joe Flizzow, 37, yang tidak menjadikan usia penghalang baginya mengejar ilmu pengetahuan yang boleh dijadikan bekalan di masa akan datang.
Menerusi laman sosial Instagram, Joe berkongsi khabar bahawa dia kini sedang mengambil kursus pendek dalam bidang Perniagaan Muzik di sebuah institusi pengajian tinggi terkemuka dunia, Harvard Business School, Boston di Amerika Syarikat.
Antara rakan sekelas penyanyi yang popular dengan lagu Apa Khabar itu ialah pelakon dan penyanyi rap terkenal, LL Cool J.
Pastinya bekalan ilmu yang dipelajari di sana akan dicuba Joe sekembalinya ke tanah air bagi menaikkan lagi martabat industri muzik tempatan ke peringkat lebih tinggi.
Selamat maju jaya Joe! – MYNEWSHUB.CC
With Professor Felix Oberholzer-Gee after class earlier.
A photo posted by Joe Flizzow (@flizzow) on
A photo posted by Joe Flizzow (@flizzow) on