Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pakatan Kesal Lebih Ramai...

KUALA LUMPUR - DAP yang menganggotai Pakatan Harapan melahirkan rasa kesal kerana sangat...

Cristine Suzanne Nafi Semakin...

PELAKON Cristina Suzanne menafikan dakwaan dirinya kini semakin demand dalam tawaran berlakon sejak...

BN Bukan Mata Duitan...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak meminta Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul...

Bellew Letak Jawatan, Khazanah...

KUALA LUMPUR - Sebagai pemegang saham utama Malaysia Airlines Bhd. (MAB), Khazanah Nasional...

Juruteknik Kapal Terbang Didakwa Sokong Kumpulan Pengganas

SHAH ALAM – Seorang juruteknik kapal terbang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menggalakkan keanggotaan dalam kumpulan pengganas IS (Daesh) dan membenarkan perjumpaan diadakan di rumahnya bagi menyokong aktiviti kumpulan itu.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Nor Hafizy Che Meh, 39, setelah pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.

Tertuduh yang merupakan bapa kepada tiga anak dituduh menggalakkan keahlian dalam kumpulan pengganas di rumahnya beralamat di Lorong Kemboja, Kampung Melayu Subang di sini antara Disember 2013 dan Oktober 2015.

Beliau yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 130(G)(b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Nor Hafizy turut didakwa sebagai orang yang bertanggungjawab membenarkan perjumpaan kumpulan pengganas di rumahnya di tempat dan tarikh sama menurut Seksyen 130(G)(b) Kanun Keseksaan.


Sementara itu, di luar mahkamah, Pengarah Pendakwaan Selangor, Timbalan Pendakwa Raya Roslan Mat Nor berkata tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin kerana mahkamah terikat dengan Seksyen 13 Akta Kesalahan-Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).

Sebutan kes ditetapkan pada 28 Julai depan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori