Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Perintah Berkurung Di Esszone...

KOTA KINABALU - Fasa 19 perintah berkurung di kawasan perairan Zon Selamat Timur...

Wanita Saman RM5.86 Juta...

SEORANG wanita di Florida, Amerika Syarikat menyaman sebuah restoran di Tampa AS$1.5 juta...

Gereja Akur Bantahan Penduduk,...

SEKUMPULAN penduduk di Taman Medan, Petaling Jaya membuat bantahan setelah pihak gereja di kawasan tersebut...

Saidatina Fatimah: Aurat &...

FATIMAH binti Muhammad, puteri Rasulullah. Wanita yang sangat menjaga auratnya bahkan sehingga wafat. Ayahandanya, Rasulullah...

Juruteknik Pesawat Didakwa Sokong Daesh Menerusi FB

SHAH ALAM – Seorang juruteknik pesawat dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan memberikan sokongan kepada kumpulan pengganas Daesh menerusi Facebook, dua tahun lepas.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Saiful Bahari Ahmad, 49, setelah pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Shakirah Mohtarudin.

Tertuduh yang merupakan bapa kepada dua anak dituduh melakukan kesalahan itu menerusi akaun Facebook miliknya menggunakan namanya sendiri, Saiful Bahari Ahmad bagi tujuan menggalakkan aktiviti kumpulan pengganas di No 2, Skuadron VVIP, Pangkalan Udara Subang dekat sini kira-kira 7.33 malam, 12 Jun 2014.

Beliau yang diwakili peguam Halem Mohamad Husin didakwa mengikut Seksyen 130(J)(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau penjara maksimum 30 tahun atau denda, dan boleh dilucut hak mana-mana harta yang digunakan bagi melakukan kesalahan itu, jika sabit kesalahan.

Mahkamah pada prosiding hari ini tidak membenarkan tertuduh diikat jamin kerana terikat dengan Seksyen 13 Akta Kesalahan-Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Selangor, Timbalan Pendakwa Raya Roslan Mat Nor.


Sebutan kes ditetapkan pada 19 Julai depan.

Pada 8 Jun lepas, seorang lagi juruteknik pesawat dituduh di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan menggalakkan keanggotaan dalam kumpulan pengganas Daesh dan membenarkan perjumpaan diadakan di rumahnya bagi menyokong aktiviti kumpulan itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori